Crown Gigi
..................
..................
Crown biasanya diperlukan bagi mereka yang menjalani rawatan akar atau mempunyai gigi yang telah mati kerana gigi mati amat mudah untuk retak dan mereput.
Porselin / Crown Seramik boleh membuat gigi bengkok muncul lurus, dan boleh membuat gigi yang tidak sekata sehingga sepadan, membaiki gigi pecah atau patah serta merapatkan jurang dan ruang di antara gigi, gigi cacat,tampalan lama yang terselindung, dan menampakkan pemutihan pada gigi kuning dan berubah warna secara kekal..
Pada kunjungan pertama,gigi akan diasah sebelum impresion dilakukan.Untuk mendapatkan acuan didalam mulut. .Kemudian acuan ini akan dihantar ke lab untuk proses pembuatan crown. Dalam proses penantian untuk crown kekal, biasanya crown sementara akan dipasang untuk menutup gigi yang sudah diasah. Hal ini dilakukan untuk melindungi gigi tersebut dan juga mempertahankan gigi2 yang ada disebelah agar tidak bergerak ke kawasan yang dipersiapkan untuk pemasangan crown kekal.
Sebelum proses pemasangan crown kekal, crown tersebut dicuba di dalam mulut bagi memastikan crown benar-benar sesuai seperti keadaan gigi sebelumnya. Crown dan susunan gigi harus sekata dan tidap boleh mempunyai halangan atau ruang diantaranya.
#kesihatan mulut anda kebanggaan kami
No comments:
Post a Comment