Friday 15 January 2016

Flos Pergigian
............................
Apakah itu Flos Pergigian?
Flos Pergigian adalah sejenis benang yang sangat unik. Walaupun flos berbentuk seperti benang tetapi ia adalah sangat tahan dan tidak mudah terputus. Flos digunakan untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.
Mengapa menggunakan flos penting?
Kedudukan gigi kita biasanya adalah sangat rapat. Oleh itu, berus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan yang di celah-celah gigi yang sempit tersebut.
Pembersihan Antara Celah Gigi
Pembersihan interdental merujuk kepada pembersihan plak atau sisa makanan di antara celah-celah gigi. Pembersihan interdental amatlah penting kerana ia mempunyai fungsi yang berbeza iaitu membersihkan bahagian antara gigi yang tidak dapat dicapai dan dibersihkan oleh berus gigi.
Jenis Alat Pembersihan Interdental
Terdapat beberapa jenis alat utama yang boleh digunakan seperti berikut:
Flos pergigian
Berus interdental
Pencungkil gigi
Flos Pergigian
Ia diperbuat daripada benang khas sama ada berlilin atau tidak yang boleh digunakan untuk membersihkan plak atau sisa makanan antara celah gigi.

No comments:

Post a Comment