Thursday, 14 January 2016

Crown Gigi
..................
Crown biasanya diperlukan bagi mereka yang menjalani rawatan akar atau mempunyai gigi yang telah mati kerana gigi mati amat mudah untuk retak dan mereput.
Porselin / Crown Seramik boleh membuat gigi bengkok muncul lurus, dan boleh membuat gigi yang tidak sekata sehingga sepadan, membaiki gigi pecah atau patah serta merapatkan jurang dan ruang di antara gigi, gigi cacat,tampalan lama yang terselindung, dan menampakkan pemutihan pada gigi kuning dan berubah warna secara kekal..
Pada kunjungan pertama,gigi akan diasah sebelum impresion dilakukan.Untuk mendapatkan acuan didalam mulut. .Kemudian acuan ini akan dihantar ke lab untuk proses pembuatan crown. Dalam proses penantian untuk crown kekal, biasanya crown sementara akan dipasang untuk menutup gigi yang sudah diasah. Hal ini dilakukan untuk melindungi gigi tersebut dan juga mempertahankan gigi2 yang ada disebelah agar tidak bergerak ke kawasan yang dipersiapkan untuk pemasangan crown kekal.
Sebelum proses pemasangan crown kekal, crown tersebut dicuba di dalam mulut bagi memastikan crown benar-benar sesuai seperti keadaan gigi sebelumnya. Crown dan susunan gigi harus sekata dan tidap boleh mempunyai halangan atau ruang diantaranya.
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami

Wednesday, 13 January 2016

Ketulan Dan Bonjolan Di Dalam Kaviti Oral
.....................................................................
Pengenalan
Terdapat banyak struktur normal yang boleh menjadi bonjolan dan ketulan di dalam mulut, tetapi terdapat ketulan dan bonjolan yang boleh menjadi tanda-tanda kehadiran penyakit. Walau bagaimanapun ketulan atau bonjolan perlu diperiksa dan dipastikan oleh doktor pakar.
Bonjolan pada lidah
Bonjolan di belakang lidah
Bonjolan-bonjolan yang mempunyai saiz yang sama dan berbaris di bahagian belakang lidah anda dan dikenali sebagai papila circumvallate.




Pembukaan Mulut Terhad
...............................................
Pengenalan
Pembukaan mulut yang terhad juga biasanya dikenali sebagai trismus. Istilah trismus ini didefinisikan oleh Kamus Perubatan Taber sebagai pengecutan otot-otot pengunyahan. Sebelum ini, istilah ini sering digunakan untuk menerangkan kesan tetanus atau rahang tersekat. Namun kini, ia telah digunakan untuk mewakili segala kekangan kepada pembukaan mulut.
Ia merupakan masalah yang mempunyai pelbagai jenis penyebab dan mungkin mengakibatkan kesukaran ketika makan,

Tuesday, 12 January 2016

Bilakah perlu mencabut gigi susu?
........................................................
Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar 6 bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia 2 1/2 hingga 3 tahun, semua gigi susunya telah tumbuh.
Ada kanak-kanak yang giginya lambat tumbuh dan ada pula yang cepat tumbuh. Jadi jangan risau jika gigi anak anda tidak tumbuh pada waktunya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh dahulu, di ikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut turutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
*Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?*
1. Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu ( gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu ( gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
2. Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya
4. Bila dah tiba masanya utk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal.Kerana biasanya bila gigi tu dah goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
5. Jika takut utk cabut sendiri

Saturday, 9 January 2016

GIGI PALSU
Gigi palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya.
Mengapa anda memerlukan gigi palsu?
Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu akan memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Gigi palsu juga boleh membantu mengembalikan profil wajah anda, mengembalikan semula senyuman dan membantu meningkatkan keyakinan diri. Ia juga mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.
Tips untuk pemakai gigi palsu
Untuk beberapa hari pertama memakai gigi palsu, mulakan dengan memakan makanan lembut.
Anda juga boleh memotong makanan anda kepada potongan kecil. Membaca dengan kuat untuk beberapa hari pertama akan membantu anda mengatasi masalah pertuturan.
Anda juga boleh menggunakan pelekat gigi palsu untuk membantu anda membiasakan diri dengan pemakaian gigi palsu. Jika anda mengalami kesakitan, jangan guna gigi palsu itu untuk sementara waktu; segera berjumpa doktor gigi untuk rawatan.
Bagaimana menjaga gigi palsu anda
Berus dan bilas gigi palsu anda selepas makan dan sebelum tidur. Rendam gigi palsu dalam air biasa yang bersih bila tidak dipakai. Jangan guna air suam atau air panas. Jangan cuba untuk mengubah atau membaiki gigi palsu itu sendiri. Elakkan memakai gigi palsu semasa tidur.

Wednesday, 6 January 2016

'''GUSI BERDARAH '''
Masalah gusi berdarah biasa dialami sebagian besar orang. Umumnya masalah ini disedari ketika memberus gigi. Namun, mungkin belum semua orang tahu apa sebenarnya penyebab gusi berdarah dan bagaimana cara menangani yang tepat.
PUNCA
Biasanya Gusi berdarah disebabkan kerana penghapusan plak gigi yang tidak betul pada garis gusi. Hal ini menyebabkan gingivitis (gusi meradang). Bahayanya lagi jika plak tidak dihilangkan secara teratur atau dengan memberus gigi dengan teratur dan bersih, maka akan mengeras dan menjadi karang gigi. Sehingga akhirnya mengakibatkan pendarahan dan boleh menyebabkan periodontitis (penyakit rahang dan gusi).
Karang gigi tidak dapat dibersihkan dengan memberus gigi. Jadi apabila terdapat karang gigi maka perlu datang ke doktor gigi untuk dilakukan scaling (pembersihan karang gigi). Selanjutnya doktor gigi akan melihat sejauh mana kerosakan gigi yang terjadi. Apabila hanya terjadi gingivitis, maka tindakan scaling biasanya sudah mencukupi. Tapi bila sudah terjadi periodontitis, maka rawatan periodontal lebih lanjut adalah perlu.
CARA MENGATASI GUSI BERDARAH
*Makan banyak buah yang mengandung vitamin C dan juga makanan yang mengandung banyak kalsium. Kalsium dapat membantu dalam memperbaiki kerusakan gigi yang berkelanjutan karena cedera gusi.
*Kurangkan pengambilan gula. Kelebihan gula dalam makanan ringan, soda manis atau makanan olahan dapat menyebabkan kerusakan gigi dan memperparah pendarahan.
*Hindari penggunaan tembakau dan merokok yang dapat memperburuk gusi berdarah
*Sebaiknya jumpa doktor gigi setiap enam bulan sekali untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh sehingga masalah anda dapat ditangani.

Tuesday, 5 January 2016

Penjagaan Kesihatan Mulut : Berus Gigi
.................................................................
Berus gigi merupakan alat yang penting dalam penjagaan kesihatan mulut. Pemilihan berus gigi yang betul dan sesuai untuk anda amatlah penting bagi memastikan ia selesa digunakan, membersihkan plak gigi atau sisa makanan dengan berkesan pada semua permukaan gigi semasa pemberusan dilakukan dan mencegah masalah kesihatan mulut.
Kaedah membersih dan menyimpan berus gigi
............................................................................
Bersihkan kotoran pada berus gigi dengan air paip selepas memberus gigi.
Simpan berus gigi secara menegak dan biarkan berus gigi tersebut kering.
Jika beberapa berus gigi disimpan bersama, pastikan ia diletakkan tanpa bersentuhan antara satu sama lain.
Elakkan menyimpan berus gigi di dalam bekas yang tertutup.


Saturday, 2 January 2016




MULAKKAN PAGI INI DENGAN BISSMILLAH...
JIKA INGIN MEMBUAT TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI KAMI DI TALIAN 0390544034 ATAU WASSAP KAMI 0105364010
"KESIHATAN MULUT ANDA KEBANGGAAN KAMI"