Tuesday, 30 September 2014

ASSALAMMUALAIKUM SELAMAT PAGI....
Alhamdulillah semoga diberi kesihatan yang baik2 ye ....
kadang2 gigi pn nk spa jugak kn.
jom dapatkan rawatan di Mydental Care Sg Besi.
untuk pertanyaan ,temujanji pm/hubungi 0390544034




[RCT]
Rawatan akar gigi atau root canal teraphy merupakan rawatan khusus yang dilakukan oleh doktor gigi untuk membaik pulih keadaan gigi agar boleh berfungsi secara normal semula.
Rawatan ini dilakukan di bahagian tisu pulpa gigi dan juga dibahagian akar gigi. Ia merupakan rawatan yang spesifik dan khusus agar gigi tersebut dapat digunakan semula atau dengan kata lain tidak dicabut. Biasanya ia dilakukan apabila gigi anda mengalami masalah kesakitan disebabkan oleh keradangan dan infeksi pulpa yang tidak dapat dirawat dengan cara tampalan atau ubat-ubatan.
‪#‎kalau‬ sakit gigi tapi biar je, kos rawatan pun akan mahal
jadi... SELALULAH BERJUMPA DOKTOR GIGI ANDA



Monday, 29 September 2014

MYDENTAL CARE SG BESI...

tercari2 dental yang selesa ? jom kunjungi kami... insyaAllah kami akan berikan layanan terbaik untuk pesakit kami... kesihatan mulut anda kebanggaan kami.

klinik kami beroperasi seperti berikut : ISNIN-SABTU:9.00PAGI-6.00PETANG
                                                          AHAD: TUTUP

Sebarang pertanyaan @ ingin membuat temujanji boleh hubungi :0390544034
















[gigi palsu valplast]



Valplast lebih lentur
Valplast lebih selesa kerana menggunakan pegangan gusi berbeza
Valplast memiliki warna dan perawatan yang baik.





Saturday, 27 September 2014

APA ITU ORTHODONTIK????
Ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan sususan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.Keadaan yang memerlukan rawatan ortodontik?
a) Rupa bentuk gigi:
i-Gigi terlalu jongang (rahang atas ke hadapan).
ii-Gigi taring terkeluar dari susunannya.
iii-Gigi depan berlapis, tidak rata.
iv-Celahan gigi yang besar.
b) Fungsi gigitan terganggu:
i-Gigitan terbuka(tidak rapat).
ii-Gigi berlapis (menyebabkan makanan tersumbat dan sukar dibersihkan).
iii-Sukar menggigit kerana rasa sakit pada sendi di hadapan telinga.
iv-Sukar untuk merapatkan bibir (bernafas melalui mulut).

Kesihatan gigi adalah antara perkara yang penting untuk kita jaga. Gigi yang tidak sihat akan menjadi penyebab kepada sakit gigi, penyakit gusi dan gigi patah.


Friday, 26 September 2014

INGINKAN SENYUMAN YANG MENAWAN DI HARI BAHAGIA ANDA ??? DAPATKAN PROMOSI WHITENING (pemutihan gigi) DI KLINIK KAMI.
‪#‎PASANGAN‬ (2 ORANG) RM1500. APA TUNGGU LAGI.????? HARGA YANG SANGAT OHSEMMM.
pm/call kami utk keterangan lanjut: 03-90544034.



[TIPS PENTING DALAM PENJAGAAN GIGI]

1. Berus gigi setiap pagi dan waktu malam sebelum tidur.

2. Berus gigi pada sudut 45 darjah. Sentiasa letakkan berus gigi anda di pangkal leher gigi dan gusi. Gunakan cara memberus secara bulatan ke atas dan ke bawah dan mengurut gusi pada masa yang sama.

3. Jangan memberus gigi secara paksa, ini boleh menyebabkan penghakisan gigi dan keradangan gusi akibat cara memberus gigi yang salah.

4. Bersihkan setiap permukaan, pipi, lidah dan gigi.

5. Ambil masa secukupnya sewaktu memberus gigi anda. Pembersihan gigi yang baik selalunya mengambil masa sekitar dua minit.

6. Sentiasa tukar cara memberus gigi anda kerana melakukan dengan cara yang sama mungkin boleh meninggalkan kawasan kotor secara tidak sengaja.

7. Pilih berus gigi yang betul. Berus gigi baik seharusnya membolehkan anda mencapai gigi yang paling belakang dalam mulut.

8. Kerap tukar berus gigi anda, seelok-eloknya setiap tiga hingga empat bulan, lebih-lebih lagi apabila berus sudah pudar atau pecah.
 
 

Thursday, 25 September 2014

Tips selepas mencabut gigi..


1. Jangan masukkan jari pada soket cabutan kerana jari yang tidak bersih boleh menjadi sumber bakteria yang menyebabkan keradangan.
2. Telan air liur seperti biasa sambil mengigit kapas yang dibekalkan dengan kuat bagi menghentikan pendarahan.
3. Jangan meludah banyak kali untuk mengeluarkan darah dan air liur. Sebaiknya telan ianya seperti air liur biasa. Ini kerana meludah yang kerap akan merangsang soket cabutan untuk berdarah banyak.
4. Kumur-kumur hanya dibenarkan selepas 24 jam selepas cabutan. Berkumur yang berlebihan juga mengundang perdarahan.
5. Makan makanan yang lebut seperti bubur, bijirin dan roti yang dicecah air. Makanan dan minuman tidak seharunya yang panas hingga menyebabkan salur darah mengembang dan pendarahan berlaku. Elakkan mengunyah di bahagian gigi yang telah dicabut.
6. Rehat dan elakkan melakukan aktiviti yang berat seperti senaman, angkat berat dan berlari.
7. Bagi perokok, sila berhenti merokok dalam masa 24 jam untuk mengelakkan pendarahan yang berlebihan. Begitu juga minum minuman keras.

Wednesday, 24 September 2014

TABIAT YANG MEROSAKKAN GIGI..

a)Memberus dengan kuat.

Menggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel.Gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit.

b)Jadikan gigi sebagai alat.

Ramai yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada.

c)Abaikan masalah.

Gusi berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari.


Tuesday, 23 September 2014

KENAPA GIGI NGILU DAN SENSITIF???

Apabila lapisan (pertama) pada gigi sudah terhakis, lapisan kedua gigi iaitu dentin (yang belubang-lubang halus/ dentinal tubules) akan terdedah kepada persekitaran mulut. Akibatnya, bila kita makan atau minum sejuk/panas/manis nanti, rasa itu akan terus sampai ke saraf gigi melalui dentinal tubules yang terdedah.
 



Monday, 22 September 2014

BERITA BAIK !!!

(BRACES) PROMOSI CUTI SEKOLAH.
Tawaran menarik untuk anda yang berminat, diskaun sehingga 15%. Untuk maklumat lanjut pm@hubungi kami di 03-90544034.



 
Penyakit gusi (periodontal problem) adalah disebabkan jangkitan kuman pada gusi Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Di antara tanda penyakit gusi:-

a)Gusi bengkak dan merah.

b)Gusi mudah berdarah apabila disentuh.

c)Radang gusi (gingivitis).

d)Nanah keluar dari gusi yang bengkak.

e)Gigi berlubang dan bergoyang.

f)Gigi sensitif.

g)Sakit pada gigi ketika mengunyah.

h)Terdapat karang gigi (lapisan keras yang berwarna kekuningan atau kehitaman di pangkal/leher leher gigi).


Saturday, 20 September 2014

BERITA BAIK !! [COUPLE PROMOTION]

Harga biasa whitening (pemutihan gigi) untuk seorang rm1500.
promosi whitening untuk 2 orang RM1500 (seorang rm750) kn berbaloi ??

 WOW!! kami menawarkan promosi hebat kepada anda!!!!!!

 *Dapatkan harga promosi yang ditawarkan untuk 2 orang dalam waktu yang sama.

#terma dan syarat: perlu berpasangan, tidak semestinya pasangan suami isteri.

 JADI !!!! apa tunggu lagi,rebutlah peluang yang kami berikan.sememangnya hebat dan berbaloi untuk anda. Untuk maklumat lanjut pm @ hubungi kami 0390544034.



Thursday, 18 September 2014

[RETAINER]

Terdapat tiga jenis retainer yang utama
.
*Retainer Hawley*
daripada logam dan akrilik. Wayar akan dibengkokkan ke dalam akrilik atau plastik. Wayar akan melilit seluruh bahagian hadapan gigi.





*Retainer Essix *
Retainer ini diperbuat daripada plastik lutsinar dan menyerupai Invisalign. Tidak kelihatan langsung pada si pemakai.





*Retainer kekal*
Retainer ini kekal sepanjang masa di dalam mulut anda kerana ia akan digam di belakang gigi anda. Biasanya retainer jenis ini akan diletakkan di belakang enam gigi depan yang lebih rendah.










Wednesday, 17 September 2014

Apa yang dimaksudkan kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak ?

Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi bersama kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.

Apakah faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat kerosakan gigi?

*Menyusu botol yang mengandungi sukrosa
*Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan)
*Tahap sosio-ekonomi yang rendah
*Pengambilan ubat yang mengandungi gula

#temujanji: pm/call 0390544034







Monday, 15 September 2014

[DENTAL CROWN DAN BRIDGE]

Tidak seperti gigi palsu yang boleh ditanggalkan, Dental Crown dan Bridge adalah penggantian gigi hilang yang tetap. Dental Crown dan Bridge disemen ke gigi yang sedia ada.



Saturday, 13 September 2014

[MERAWAT MASALAH GUSI BERDARAH]

Caranya ialah dengan mengambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi anda tidak akan berdarah lagi. Selamat mencuba.



Caranya ialah dengan mengambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi anda tidak akan berdarah lagi. Selamat mencuba. - See more at: http://petualamaku.blogspot.com/2009/04/petua-merawat-gusi-berdarah.html#sthash.XeuYd9di.dpuf
Caranya ialah dengan mengambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi anda tidak akan berdarah lagi. Selamat mencuba. - See more at: http://petualamaku.blogspot.com/2009/04/petua-merawat-gusi-berdarah.html#sthash.XeuYd9di.dpuf[MERAWAT MASALAH GUSI BERDARAH]

Caranya ialah dengan mengambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi anda tidak akan berdarah lagi. Selamat mencuba.

Friday, 12 September 2014


GIGI palsu adalah peralatan boleh tanggal yang digunakan untuk menggantikan gigi yang telah hilang dan tisu disekitarnya.

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN GIGI PALSU??

Menggantikan gigi yang hilang dengan gigi palsu akan memudahkan anda mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Apabila banyak gigi yang hilang, otot muka boleh mengendur dan membuatkan wajah kelihatan lebih tua. Ia juga mencegah gigi bersebelahan bergerak ke arah ruang kosong yang terjadi akibat kehilangan gigi.
 
 

Thursday, 11 September 2014

Apa itu Rawatan Salur Akar?

Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.




[GULA PUNCA PEREPUTAN GIGI]

PEREPUTAN gigi berlaku apabila asid memusnahkan lapisan keras gigi dipanggil enamel. Asid ini terhasil daripada plak. Plak mempunyai kuman yang hidup dengan makanan bergula. Proses menghadam gula menjadikan asid bertindak balas terhadap permukaan gigi.Lama-kelamaan, pereputan gigi boleh menyebabkan lubang pada permukaan gigi. Sekiranya dibiarkan, kaviti akan menjadi besar dan akan memusnahkan gigi.

Wednesday, 10 September 2014

Kenapa kita perlu ambil kisah tentang kewujudan plak pada gigi? Plak pada gigi mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan masalah gusi seperti gigngivitis. Tanda-tanda gigivitis apabila gusi menjadi bengkak dan merah. Kadang kala gusi berdarah apabila kita memberus gigi.

Scaling gigi merupakan salah satu tahap rawatan pencegahan bagi gigi.
Scaling dalam bahasa mudahnya adalah membersihkan gigi daripada sisa-sisa makanan yang berada di celah-celah gigi dan gusi.

pm kami untuk maklumat lanjut @ hubungi 0390544034

#kesihatan mulut anda kebanggaan kami...





Tuesday, 9 September 2014

Ingin gigi PUTIH tapi kos rawatan agak MAHAL.????

Mydental Care Sg Besi ada jalan penyelesaiannya..

utk maklumat lanjut sila PM kami @ telefon kami di 0390544034
 


Monday, 8 September 2014

INFO.
[TAHUKAH ANDA]

Gigi geraham bongsu adalah gigi molar ketiga (terakhir).Manusia biasanya
mempunyai 4 gigi geraham bongsu, 2 di atas dan 2 dibawah,biasanya keluar antara umur 18-25 tahun.Gigi geraham bongsu atas biasanya tidak banyak masalah,
tetapi gigi geraham bongsu bawah biasanya tidak cukup tempat untuk
keluar,iaitu terbenam atau keluar mencondong.


Friday, 5 September 2014

Memelihara kesihatan gigi sama pentingnya memelihara kesihatan gusi. Gusi berperanan besar menyihatkan gigi. Apabila gusi bermasalah, gigi turut terlibat dan bermasalah. Apabila gusi sakit, bengkak, nyilu, berdarah, bernanah atau mengecut; gigi akan turut sakit, longgar, sekiranya tidak di rawat, mungkin tertanggal dari gusi. Penyakit gusi perlu ditanggani segera agar tidak menjejaskan gigi sehingga tertanggal atau ditanggalkan.

Penyakit gusi dan gigi dikategorikan sebagai penyakit keradangan yang disebabkan bakteria yang bermukim pada permukaan dan celah-celah gigi.







Wednesday, 3 September 2014

MENGAPA GIGI JADI TIDAK TERATUR??

masalah ini mungkin disebabkan oleh:
a)Keturunan
b)Saiz tulang rahang dan gigi yang tidak seimbang.
c)Bentuk gigi yang tidak normal.
d)Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal.
e)Tabiat(menghisap puting/jari)
 

Tuesday, 2 September 2014

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut.
Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..
Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti.

pm kami untuk maklumat lanjut.

#kesihatan mulut anda kebanggaan kami#

Monday, 1 September 2014

Ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan sususan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.

Keadaan yang memerlukan rawatan ortodontik?

Gigi terlalu jongang (rahang atas ke hadapan)
Gigi taring terkeluar dari susunannya
Gigi depan berlapis, tidak rata
Celahan gigi yang besar