Monday 23 March 2015

veneer gigi..
Veneer adalah laminasi tipis atau materi kerang gigi berwarna. Biasa pada permukaan depan gigi untuk memperbaiki tampilan kecantikan gigi. Berguna untuk menutupi perubahan warna, retak dan untuk mengubah bentuk atau ukuran gigi Anda.
beminat?? pm/call kami untuk temujanji. 03-90544034




Tuesday 17 March 2015

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum cabutan gigi?
SEBELUM KE KLINIK PASTIKAN ANDA..
makan terlebih dahulu.
ambil ubat-ubatan yang perlu, contoh untuk penyakit diabetes
SEMASA RAWATAN PULA..
beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah perubatan
sentiasa bertenang.
Apakah yang perlu anda lakukan selepas cabutan gigi?
LAKUKAN PERKARA BERIKUT..
letakkan dan gigit kain kasa yang diberikan ke atas bekas cabutan (soket gigi) selama 10 minit atau sehingga darah berhenti.
telan air liur yang terdapat dalam mulut.
ambil ubat-ubatan seperti yang diarah.
ELAKKAN PERKARA BERIKUT..
berkumur-kumur dalam tempoh 24 jam.
usik bekas cabutan dengan lidah atau jari.
ambil makanan atau minuman yang panas.
lakukan senaman berat.
merokok.
*tips kesihatan dari mydental care sg besi*

Monday 16 March 2015

Wednesday 11 March 2015

Plak Gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekat pada permukaan gigi,dan tempat-tempat seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.




Tuesday 10 March 2015

TIPS PENJAGAAN GIGI..
1. Berus gigi dengan displin.
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.
2. Jaga pemakanan.
Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi.Minum air putih dan berkumur setiap kali lepas makan.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida.
kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’.
Anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.
5. Berkumur selepas makan.
Berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan.


Monday 9 March 2015

JOM KONGSI...
PUNCA DAN KESAN TAKUT UNTUK BERJUMPA DOKTOR GIGI:-
---Ramai melaporkan bahawa perasaan takut ini bermula selepas menerima rawatan pergigian yang menakutkan, rumit ataupun menyakitkan terutama ketika umur masih muda. Sebab itulah, pemeriksaan berkala sangat penting untuk mengelakkan berlakunya masalah pergigian. Perasaan takut dengan rawatan pergigian juga boleh bermula selepas mendengar pengalaman yang menakutkan atau pun pendapat yang negatif mengenai rawatan pergigian. Satu contoh ialah ketika seorang kawan cuba menakutkan kawannya yang lain dengan memberitahu bahawa pergi berjumpa doktor gigi adalah menyakitkan.
----kesihatan mulut yang buruk boleh mempengaruh keyakinan diri seseorang. Kadangkala, mereka yang mengabaikan gigi mereka dengan mengelak daripada berjumpa doktor gigi akan menghadapi masalah psikologikal. Ditambah dengan perasaan kurang yakin dengan kesihatan mulut yang kurang baik, ia akan menghalang pergaulan sosial seseorang.

HILANGKAN PERASAAN TAKUT DAN JADIKAN DOKTOR GIGI SEBAGAI KAWAN ANDA 
grin emoticon






















Saturday 7 March 2015

Apa yang menyebabkan mulut kering?
Sebab utama bagi kebanyakan kes mulut kering adalah pengambilan air yang tidak mencukupi yang menyebabkan dehidrasi. Dehidrasi juga boleh disebabkan oleh pengambilan bahan-bahan diuretik, aktiviti fizikal yang berlebihan dan pendedahan kepada haba. Diuretik adalah bahan yang menyebabkan peningkatan pengeluaran air kencing. Agen diuretik yang biasa diminum adalah kafein. Kesan dehidrasi terhadap kelenjar air liur yang lebih berpanjangan dilihat di golongan yang lebih tua berbanding dengan individu yang lebih muda.
Apakah tanda-tanda yang berkaitan dengan mulut yang kering?
..Gangguan deria rasa.
..Bibir merekah.
..Nafas berbau.
..Air liur pekat/berbuih
..Mulut terasa pedih
..Lidah kering / kasar.
..Kesukaran / kesakitan apabila menggunakan gigi palsu.
..Jangkitan dalam mulut
..Batu kelenjar liur
..Jangkitan kelenjar liur
..Kerosakan gigi
..Penyakit gusi
..Ulser

Thursday 5 March 2015

* GIGI SUSU BERLUBANG *
Gigi susu mula terbentuk seawal enam minggu bayi di dalam kandunganGigi susu ini amat penting kerana ia digunakan untuk kanak-kanak mengunyah, bercakap, estetik, dan yang paling utama ialah untuk mengekalkan ruang bagi gigi kekal tumbuh kelak.
Gigi susu yang berlubang perlu mendapat rawatan yang sewajarnya daripada doktor gigi. 
Sekiranya gigi berlubang tidak dirawat, lubang ini akan menjadi lebih besar dan merebak ke bahagian saraf gigi (pulp) dan boleh menyebabkan jangkitan dan bengkak gusi.
Cabutan gigi susu yang terlalu awal boleh menyebabkan kesesakan pada rahang akibat pergerakan gigi dan akhirnya boleh menyebabkan tiada ruang yang secukupnya untuk gigi kekal tumbuh.

Monday 2 March 2015

penyebab penyakit gusi?
Penyebab utama penyakit gusi adalah plak gigi.
Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada penyakit ini terdiri dari faktor lokal dan sistemik :
Faktor Lokal termasuklah:
Ketidakupayaan memberus gigi dengan sempurna
Merokok atau mengunyah tembakau
Memakai aplians ortodontik
Tabiat mengetam atau mengetap gigi
Penyakit diabetes
Faktor Sistemik pula termasuklah:
Faktor keturunan
Perubahan hormon ketika haid atau semasa mengandung
Stres
Kesan sampingan pengambilan ubat-ubatan
Sistem penghadaman yang kurang baik
Penyakit sistemik yang mengurangkan daya ketahanan badan melawan penyakit seperti kencing manis dan HIV/
conventional braces ....
6 weeks already see the difference...
pm/call for appointment 0390544034