===>>RAWATAN SARAF SEPARUH(PULPOTOMY)
: Pembuangan bahagian atas saraf anda yang dijangkiti kuman tanpa membuang semua saraf gigi .
Friday, 31 July 2015
Wednesday, 29 July 2015
Tuesday, 28 July 2015
TABIAT YANG MEROSAKKAN GIGI..
a)Memberus dengan kuat.
Menggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel.Gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit.
b)Jadikan gigi sebagai alat.
Ramai yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada.
c)Abaikan masalah.
Gusi berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari.

Monday, 27 July 2015
Thursday, 23 July 2015
Tuesday, 14 July 2015
Gigi adalah salah satu anggota badan yang kita perlu jaga kerana jika gigi anda patah atau rosak, tidak akan ada gigi baru yang akan tumbuh. Akibat daripada kelalaian menjaga gigi, anda mungkin terpaksa memakai gigi palsu buat seumur hidup anda.
1- Cara menjaga gigi yang pertama adalah anda perlu gosok gigi dengan serius. Ramai orang gosok gigi dengan perasaan tidak serius di mana mereka hanya lalukan sahaja berus gigi tanpa meneka atau menyental.
2- Selepas makan, anda buang semua cebisan makanan yang terlekat pada gigi anda. Gunakan flos untuk bersihkan cebisan makanan. Tips menjaga gigi ini adalah penting untuk anda ikut kerana ia memastikan gigi anda bebas daripada bakteria.
3- Cepat–cepat gosok dan bersihkan gigi selepas anda melakukan perbuatan yang boleh merosakkan gigi. Antara perbuatan yang boleh merosakkan gigi adalah merokok, makan makanan manis, minum arak, minum teh dan minum air kopi.
4- Gunakan pembasuh mulut yang bebas alkohol untuk membunuh semua bakteria yang terdapat di dalam mulut anda.

....Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang...
#kesihatan mulut anda kebanggaan kami
Monday, 13 July 2015
Saturday, 11 July 2015
Friday, 10 July 2015
Thursday, 9 July 2015
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MULUT LEBIH SIHAT UNTUK PENYAKIT KENCING MANIS..
***Pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
***Berhenti merokok,makan makanan sihat dan bersenam selalu untuk kesihatan.
***Kawal penyakit gusi sebelum melakukan rawatan gigi yang lain.
***Dapatkan pemeriksaan mulut selalu.setiap 3 hingga 6 bulan.
***Pengawalan gusi boleh di kawal dengan berus gigi 2 kali sehari,flos gigi,tukar berus gigi bila perlu.(2-3bulan)

Wednesday, 8 July 2015
Tuesday, 7 July 2015
BAHAYA FAKE BRACES
# Isi kandungan fake braces ini tidak diketahui samada selamat untuk kesihatan atau tidak.
# Alat-alat yang digunakan untuk pemasangan fake braces ini tidak dinyahkuman sebagaimana yang dilakukan di klinik-klinik pergigian ortodontik.
# Kesan gam yang dilekatkan boleh menyebabkan gigi terhakis.
# Masalah karang gigi dan gusi berdarah mungkin terjadi.
# tiada penerangan penjagaan yang khusus.

Monday, 6 July 2015
Saturday, 4 July 2015
Perasaan Takut dengan Rawatan Pergigian
Apa itu takut dengan rawatan pergigian?
**Takut dengan rawatan pergigian bermaksud takut dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan rawatan pergigian termasuk menerima rawatan pergigian.
Siapa yang mengalami perasaan takut ini?
**Secara amnya, lebih ramai kaum wanita berbanding lelaki, dan lebih ramai orang muda berbanding orang yang lebih berumur dilaporkan mengalami perasaan takut. Ada yang mengatakan yang perasaan takut adalah lebih jika ia melibatkan rawatan-rawatan yang lebih rumit seperti pembedahan jika dibandingkan dengan rawatan mudah seperti penskaleran dan pembersihan gigi.
Sebab-sebab
Apa yang menyebabkan perasaan takut ini?
Perasaan takut dengan rawatan pergigian boleh dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:
~Pengalaman buruk
~Doktor gigi yang tidak prihatin
~Memalukan
~Belajar dari memerhati:
~Stres selepas pengalaman yang traumatik

Wednesday, 1 July 2015
Jika Anda Memakai Alat Pendakap Ortodontik, Penjagaan Rapi Di Rumah Adalah Amat Penting!
Mengapa penting untuk menjaga kebersihan gigi dan pendakap gigi sepanjang masa?
**Sisa makanan dan plak lebih mudah terkumpul di sekeliling alat pendakap yang dipakai. Ini menyebabkan pembersihan gigi menjadi lebih sukar. Pembersihan yang tidak sempurna mengakibatkan gusi bengkak dan kerosakan gigi pada peringkat awal.

==>Rawatan Ortodontik akan menjadi sia-sia jika kerosakan gigi dan gusi dikesan di penghujung rawatan akibat pengabaian kebersihan mulut!
Langkah-langkah penjagaan di rumah yang perlu diambil jika memakai pendakap gigi?
~JIKA ANDA MEMAKAI ALAT PENDAKAP TETAP,masa yang diperlukan untuk proses pembersihan gigi adalah lebih daripada biasa. Celah-celah di antara pendakap dan di pinggir gusi harus diberus dengan lebih sempurna menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai.
~Penggunaan berus interdental atau flos/benang gigi dapat membantu pembersihan antara celah gigi, sekeliling braket dan di bawah dawai. Sebaik-baiknya, gigi harus diberus setiap kali selepas makan dan lebih penting lagi sebelum tidur.
~JIKA ANDA MEMAKAI ALAT PENDAKAP BOLEH TANGGAL/ alat pemegang, ia mesti ditanggalkan untuk tujuan pembersihan.
~Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk membersihkan alat ini.

p/s::>sekiranya anda berminat dengan rawatan ortodontik dengan alat pendakap,penjagaan dan kesihatan mulut adalah amat penting untuk mengelak dari kerosakan yang teruk pada gusi dan gigi.
:apabila rawatan ortodontik selesai anda mempunyai senyuman yang cantik dan sihat sepanjang hayat!!

Subscribe to:
Posts (Atom)