VENEER
-Veneer gigi.. Veneer adalah laminasi tipis atau materi kerang gigi berwarna. Biasa pada permukaan depan gigi untuk memperbaiki tampilan kecantikan gigi. Berguna untuk menutupi perubahan warna, retak dan untuk mengubah bentuk atau ukuran gigi.
Berminat boleh pm @ hubungi 03-90544034
Tuesday, 29 September 2015
Monday, 28 September 2015
[Lidah Pendek]
-Lidah pendek merupakan keadaan pergerakan lidah terbatas kerana dasar lidah (lingual frenulum) melekat hingga ke bahagian hujung lidah. Ini menyebabkan lidah tidak dapat bergerak bebas atau berfungsi secara normal. lidah juga penting untuk mengunyah, menelan dan merasa makanan serta membersihkan bibir (mulut) daripada sisa makanan.Karies gigi dan keradangan gusi (gingivitis) boleh berlaku kerana sisa makanan tidak dapat dibersihkan dengan baik oleh lidah dan air liur. Antara kesan lidah pendek:-
-Perkembangan Pertuturan.
-Masalah Pergigian.
-Kebersihan Mulut.
-Pemakanan dan Penghadaman.

Tuesday, 22 September 2015
Monday, 21 September 2015
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
- Mulut :
- Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
- Kerosakan gigi (karies gigi)
- Penyakit gusi (penyakit periodontium)
- Makanan melekat di celah gigi
- Gigi palsu yang tidak bersih
- Bau mulut ketika bangun tidur
- Mulut kering
- Tabiat bernafas melalui mulut
- Jenis makanan :
- Bawang
- Bawang putih
- Kopi
- Tembakau
- Minuman alkohol
- Keadaan kesihatan :
- Diabetes
- Penyakit hati
- Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
- Jangkitan di paru-paru
- Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
Saturday, 19 September 2015
Pernahkah anda berasa takut untuk berjumpa doktor gigi?
Doktor gigi tidak akan mencabut gigi anda tanpa alasan yang munasabah melainkan jika gigi anda benar-benar tidak dapat diselamatkan.
Anda boleh berkunjung ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan walaupun gigi anda tidak berasa sakit. Doktor akan memeriksa gigi anda dan memberitahu status kesihatan gigi dan persekitaran mulut anda. Doktor gigi juga memberi khidmat nasihat dan rawatan pencegahan pada masa yang sama.
Jika anda berjumpa doktor gigi pada tahap sakit gigi yang amat sangat, anda akan mengalami rasa sakit dua kali ganda daripada biasa. Ini kerana, selain sakit kerana kerosakan gigi, anda juga terpaksa menanggung kesakitan akibat gigi yang dicabut.
Anda mungkin berasa takut semasa duduk di atas kerusi khas ketika mendapatkan rawatan. Tambahan melihat pelbagai peralatan untuk rawatan yang menggerunkan. Contohnya, apabila alat penggerudi digunakan, bunyinya sahaja sudah cukup membimbangkan.
Sebaik-baiknya anda mesti berusaha membayangkan perasaan seronok daripada peristiwa lalu seperti pergi berkelah dengan keluarga. Ini banyak membantu anda meredakan perasaan takut. Anda juga boleh minta penjelasan berkaitan rawatan yang diberikan.
Bagaimanapun rasa takut itu dapat dihilangkan dengan cara memberi keyakinan kepada doktor dan jururawat yang bertugas. Mereka telah dilatih dan mahir menggunakan semua peralatan rawatan dengan cekap. Tugas mereka untuk merawat gigi dan kesihatan mulut anda, bukan untuk menyeksa.
Monday, 14 September 2015
Saturday, 12 September 2015
Apakah maloklusi dan penyebab keadaan ini berlaku:
-Maloklusi merupakan gigitan yang bermasalah. Ini berlaku apabila saiz dan bentuk gigi tidak sepadan dengan rahang. Pertumbuhan rahang dan saiz gigi dipengaruhi oleh genetik ibu bapa. Maloklusi juga disebabkan oleh kehilangan terlalu awal gigi susu menyebabkan gigi bersebelahan bergerak ke ruang gigi tersebut dan kehilangan ruang.
Friday, 11 September 2015
Apa Itu Penyakit Gusi?
-Penyakit gusi (periodontitis) ialah jangkitan yang melibatkan gusi dan struktur penyokong gigi. Ia merupakan salah satu penyebab terbesar kehilangan gigi dalam kalangan orang dewasa. Kuman dalam mulut merupakan punca utama penyakit ini.
Perokok akan menghadapi lebih masalah berbanding dengan orang yang tidak merokok:-
~Karang gigi, iaitu proses pengerasan selaput yang melekat pada permukaan gigi dan hanya boleh dibersihkan dengan rawatan profesional.
~Poket yang dalam di antara gigi dan gusi.
~Kehilangan tulang dan tisu penyokong gigi.
~Penurunan (penyusutan) gusi akan mendedahkan akar gigi. Ia menyebabkan gigi rasa ngilu (sensitive) kepada panas / sejuk dan kejadian karies di permukaan akar gigi.
~Tindak balas rawatan yang kurang berkesan dan keberhasilan rawatan gusi tidak dapat dijangkakan.

Thursday, 10 September 2015
-MASALAH GIGI JONGANG.
-MALU BILA GIGI TERLALU KEDEPAN DAN TIDAK TERSUSUN.
-SENYUM TANPA KEYAKINAN DIRI.
-MALU BILA GIGI TERLALU KEDEPAN DAN TIDAK TERSUSUN.
-SENYUM TANPA KEYAKINAN DIRI.
##HUBUNGI 0390544034 UNTUK MASALAH INI . BRACES MAMPU MENGUBAH MASALAH GIGI SPT DI ATAS.
Wednesday, 9 September 2015
kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak..
Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi bersama kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
faktor kerosakan gigi diperingkat kanak-kanak:-
-Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi.
-Kurang/tidak memberus gigi.
-Teknik pemberusan gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak.
-Menyusu botol yang mengandungi sukrosa.
-Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan).
-Pengambilan ubat yang mengandungi gula.

Tuesday, 8 September 2015
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
(Mulut)
1.Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
2.Kerosakan gigi (karies gigi)
3.Penyakit gusi (penyakit periodontium)
4.Makanan melekat di celah gigi
5.Gigi palsu yang tidak bersih
6.Tabiat bernafas melalui mulut
1.Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
2.Kerosakan gigi (karies gigi)
3.Penyakit gusi (penyakit periodontium)
4.Makanan melekat di celah gigi
5.Gigi palsu yang tidak bersih
6.Tabiat bernafas melalui mulut
(Jenis makanan ):
1.Bawang
2.Bawang putih
3.Kopi
4.Tembakau
5.Minuman alkohol
1.Bawang
2.Bawang putih
3.Kopi
4.Tembakau
5.Minuman alkohol
(Keadaan kesihatan) :
1.Diabetes
2.Penyakit hati
3.Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
4.Jangkitan di paru-paru
5.Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
1.Diabetes
2.Penyakit hati
3.Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
4.Jangkitan di paru-paru
5.Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
Cara untuk mengelakkan mulut berbau:
1.Penjagaan kesihatan mulut :
2.Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
3.bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
4.Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
5.Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

Monday, 7 September 2015
Gigi Palsu Fleksibel
Gigi palsu fleksibel lebih ringan, kuat dan tahan lama. Saiznya yang lebih nipis dan lebih melentur dari gigi palsu akrilik atau Cobalt Chromium membuatkan ia lebih terasa semula jadi dan mudah diterima oleh pesakit. Warnanya yang seakan warna gusi membuatkannya serasi dengan warna tisu mulut dan tidak nampak ketara bahawa seseorang itu sedang memakai gigi palsu.
Gigi palsu fleksibel ini juga tidak memerlukan dawai besi atau kerangka besi untuk pelekatan pada gigi. Ia dapat melekap disekeliling gigi kerana cirinya yang mudah lentur. Tidak seperti gigi palsu akrilik, jika jatuh ia mudah patah tetapi gigi palsu fleksibel ini tidak mudah patah
Thursday, 3 September 2015
Anak-Anak Enggan Memberus Gigi : Tips Mengatasi
..Mula Seawal Mungkin
*Rutin penjagaan gigi dan gusi seharusnya diperkenalkan dan dimulakan seawal sebelum tumbuhnya gigi susu.
*Sebelum tumbuhnya gigi susu, bersihkan gusi anak-anak menggunakan tuala atau kain bersih yang dibasahkan dan dibalut pada jari.
*Berus jari untuk bayi yang dibuat khas daripada getah juga boleh digunakan untuk membersihkan gusi.
*Mula membersih dan memberus gigi apabila gigi susu yang pertama telah tumbuh. Lap dan bersihkan gigi tersebut setiap hari menggunakan tuala atau kain basah yang bersih.
*Apabila anak-anak telah selesa dengan rutin pembersihan tersebut, kenalkan beliau dengan berus gigi dan galakkan anak-anak untuk memegang sendiri bahagian pemegang berus gigi tersebut, semasa anda memberus giginya.

..Berus gigi bersama mereka
*Anak-anak suka meniru segala perbuatan ibubapa atau adik-beradiknya.
*Duduk berhadapan dengan mereka dan berus gigi bersama-sama. Semasa anda memberus gigi anda, tunjukkan padanya yang anda sangat seronok memberus gigi, agar anak anda akan berasa teruja untuk memberus gigi juga.

..Jadikan rutin
*Berikan penekanan bahawa memberus gigi adalah satu rutin harian yang wajib, iaitu pada waktu pagi dan malam.
*Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.
*Jadikan aktiviti memberus gigi sesuatu yang ringkas dan mudah. Sebagai permulaan, tidak perlu menekankan kepentingan memberus gigi selama 2 minit.
..Pilihan berus gigi yang menarik
*Beri peluang kepada anak anda untuk memilih sendiri berus gigi, sebagai contohnya berus gigi bermotif kartun atau hero kegemaran mereka.
*Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.
*Apabila anak-anak diberi peluang begini, mereka akan merasa bahawa diri mereka mempunyai kawalan kemampuan dan keperluan.
Tuesday, 1 September 2015
Gigi sensitif boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
->Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
->Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
->Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
->Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin.
->Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
->Gigi berlubang yang tidak dirawat
->Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.
->Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi.

Subscribe to:
Posts (Atom)