Friday, 23 October 2015

APA ITU UBAT KUMUR
Ubat kumur adalah cecair atau larutan yang digunakan untuk berkumur atau membersih mulut. Ubat kumur biasanya disyorkan oleh doktor gigi atau doktor untuk tujuan tertentu. Ubat kumur boleh didapati di hospital, farmasi atau pasaraya.
Bilakah pengunaan ubat kumur disyorkan?
------------------------------------------------------
Ubat kumur biasanya disyorkan atas sebab:
Mengawal jangkitan bakteria atau kulat dalam mulut
Sebagai tambahan kepada pemberusan gigi
Menggantikan pemberusan gigi selepas pembedahan mulut atau tisu trauma
Untuk kesan sementara kesegaran mulut dan mengurangkan bau mulut
Mengurangkan sakit dan kekeringan tisu mulut
Membantu penyembuhan tisu mulut
Bagaimana menggunakan ubat kumur?
----------------------------------------------------
Ubat kumur mungkin berbeza cara penggunaannya mengikut jenis dan tujuan penggunaannya, contohnya:
digunakan sekurang-kurangnya 30 saat untuk memastikan tindakan yang optima.
Digunakan sebelum atau selepas memberus gigi.
Digunakan selepas makan atau sebelum tidur kerana ia mengganggu deria rasa
tidak perlu dicairkan
Penggunaan ubat kumur mestilah mengikut nasihat doktor atau arahan yang tertera pada label produk.

Thursday, 22 October 2015

Mengapa Kita Mengasah Gigi?
------------------------------------------
J1: Punca sebenar pengasahan gigi masih tidak diketahui. Pengasahan gigi terbahagi kepada 2 kategori.
Pengasahan gigi primer- aktiviti pengasahan gigi disebabkan oleh keadaan dalam mulut
Maloklusi atau jajaran gigi yang tidak sekata
Gigitan tidak sekata akibat tampalan gigi yang tidak rapi.
Kanak-kanak atau bayi yang sedang mengalami pertumbuhan gigi.
Pengasahan gigi sekunder - Pengasahan gigi yang berkaitan dengan ubat-ubatan, gaya hidup seseorang ataupun masalah pernafasan.
Ubat-ubatan yang seringkali dikaitkan dengan pengasahan adalah antikemurungan dan antipsikotik. Ini termasuk Prozac (Fluoxetine), Zoloft (Sertraline) , Paxil (Paroxetinee), Amphetamin.
Masalah Obstructive Sleep Apnoea (OSA) adalah gangguan tidur di mana pernafasan seseorang terhenti seketika semasa tidur.
Faktor cara hidup seperti penggunaan alkohol, merokok, dadah rekreasi seperti ecstasy dan kokain, kafeina, berdengkur dan keletihan.
S2: Bagaimana Saya Tahu Samada Saya Mengasah Gigi Saya Atau Tidak?
-----------------------------------------------------------------------------------
J2: Pengasahan gigi melibatkan sebarang sentuhan gigi yang keterlaluan samada dalam keadaan senyap seperti mengetap gigi atau menghasilkan bunyi seperti mengisar gigi.
S4: Apa Yang Harus Saya Lakukan Untuk Memberhentikan Tabiat Ini?
----------------------------------------------------------------------------
J4: Terdapat 2 bentuk rawatan yang diberi dalam menangani masalah pengasahan gigi
*Rawatan Pencegahan*
:berusaha menhentikan tabiat tersebut
:ekakkan bukaan mulut dengan besar
:elakkan makan atau minum yang berkafein
:elakkan pengambilan alkohol
:berhenti merokok
:dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala
*Rawatan pembetulan*
RAWATAN PERGIGIAN
~bagi yang gigi haus ,gigi akan dibina semula dengan bahan pergigian
~sekiranya kehausan gigi sangat teruk,rawatan korona gigi dibuat
TERAPI OTOT
~ pemakaian pelindung mulut
~ubat pelega mulut
~tuaman rahang menggunakan tuala suam

Wednesday, 21 October 2015

PENJAGAAN DIRUMAH SELEPAS PEMBEDAHAN ORA
antara kesan-kesan yang dialami oleh pesakit selepas pembedahan ialah
---------------------------------------------------------------------
*Sakit dan ketidakselesaan
*Kebengkakan
*Perdarahan
*Kesukaran untuk bertutur, makan dan menelan
*Kesukaran untuk membuka mulut dengan luas
Tip penjagaan di rumah bagi pesakit yang menjalani pembedahan mulut.
--------------------------------------------------------------------
Ubat : Pesakit akan dibekalkan dengan beberapa jenis ubat, bergantung kepada jenis dan tahap pembedahan yang dilakukan. Ubat penahan sakit diberikan bagi kawalan kesakitan manakala antibiotik hanya diberikan dalam kes tertentu sahaja.
Kebersihan mulut : Pesakit perlu memastikan kebersihan mulut berada dalam keadaan baik sepanjang proses penyembuhan berlaku. Mulut yang kotor boleh mengundang jangkitan kuman kepada kawasan yang baru menjalani pembedahan dan boleh menjejaskan proses penyembuhan.
Sajian makanan : Makanan keras perlu dielakkan pada hari pertama dan kedua selepas pembedahan
Aktiviti harian : Pesakit mesti berehat dan mengelakkan dari melakukan aktiviti berat selepas pembedahan.
Merokok: Merokok dilarang sama sekali kerana boleh mengganggu proses penyembuhan.
Lawatan dan temu janji berikut: Temu janji untuk pemeriksaan seterusnya akan diberikan bagi membolehkan perawat memeriksa dan menilai kesihatan pesakit secara keseluruhan.


Monday, 19 October 2015

..BENGKAK MUKA..
Bengkak muka adalah pembesaran atau pengembangan pada muka disebabkan oleh pengumpulan cecair badan atau keradangan pada tisu muka. Kebengkakan boleh berlaku pada mana-mana bahagian muka, dengan bibir, pipi dan kelopak mata adalah bahagian yang menunjukkan perubahan yang ketara. Bengkak muka juga dikenali sebagai edema muka.
Terdapat pelbagai penyakit, situasi atau ketidaknormalan yang sedikit atau teruk boleh menyebabkan bengkak muka. Kebengkakan ini boleh disebabkan oleh jangkitan, keradangan, trauma dan malignan (kanser).
Gejala yang mungkin berlaku berlaku bersama bengkak muka
Bengkak muka boleh terjadi bersama gejala lain seperti:
Sakit dan kemerahan mata
Sakit muka
Keletihan
Demam
Sakit kepala
Bisul
Kesakitan semasa mengunyah atau menelan
Bengkak yang sakit pada bahagian telinga
Jangkitan yang menyebabkan kebengkakan muka
Bengkak muka boleh disebabkan oleh berbagai jenis jangkitan termasuklah:
Jangkitan kuman pada gigi dan bernanah.
Jangkitan kuman pada mata (bakteria atau virus)
Jangkitan pada kulit muka
Beguk
Jangkitan pada sinus atau resdung

Thursday, 15 October 2015

GIGI TERAVULSI....
****Gigi yang terkeluar dari soketnya dikenali sebagai gigi teravulsi. Punca utama adalah trauma: jatuh, kemalangan, sukan lasak dan serangan fizikal.

Apakah yang perlu dilakukan pada gigi tersebut?

1.Jika gigi tersebut kotor, pegang pada korona dan bersihkan dengan air yang mengalir. Jangan sentuh permukaan akar gigi atau jangan bersihkan dengan larutan antiseptik.
Letakkan gigi ke dalam soket secepat mungkin. Jika gigi dimasukkan dalam soket dalam tempoh 1 jam, peluang untuk gigi tersebut selamat adalah baik. Jangan paksa gigi tersebut masuk ke dalam soket.
2.Jika gigi tidak boleh dimasukkan terus ke dalam soket, letakkan gigi tersebut dalam mulut individu tersebut setelah pendarahan dari soket berhenti. Jika tidak boleh dilakukan, letakkan gigi di dalam cawan yang mengandungi susu (atau air yang dicampurkan secubit garam jika susu tiada).
3. Berjumpa dengan doktor pergigian secepat mungkin. Gigi perlu dimasukkan ke dalam soket dalam tempoh 1 jam dari tempoh ia terkeluar untuk memastikan prognosis yang lebih baik. Adalah diingatkan, semakin lama gigi tersebut berada di luar soket gigi, semakin kurang prognosis gigi tersebut.

Monday, 12 October 2015

Nak lebih cantik dengan gigi tersusun elok?CONVESIONAL BRACES dapat mengubah susunan gigi anda. untuk temujanji dengan doktor di klinik kami, pm/call 0390544034 atau wassup 0105364010