Wednesday 31 December 2014

LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN PERGIGIAN...



1.Lakukan lawatan ke klinik pergigian untuk pemeriksaan gigi di awal peringkat.
2.Dapatkan khidmat nasihat dari doktor tentang penjagaan pergigian.
3.Bersihkan kawasan gigi dan gusi dengan baik sekurang-kurangnya dua kali sehari.
4.Gunakan berus yang lembut atau sederhana lembut dan saiz berus gigi yang sesuai dengan saiz mulut anda.
5.Gunakan ubat gigi mengandungi fluorida (untuk dewasa)
6.Bersihkan celah-celah gigi dan gusi menggunakan flos.
7.Elak minuman berkarbonat dan mengandungi asid.
8.Pastikan diet mengandungi kalsium dan fosforus.





Tuesday 30 December 2014

ANTARA SEBAB GIGI BERUBAH WARNA...
-Kerosakan gigi (karies).
-Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun).
-Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi.
-Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa.
-Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak.
-Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi.
-Masalah kongenital saluran hempedu.
-Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi.
-Pertambahan usia.
-Faktor keturunan.



FAKTOR KEROSAKAN GIGI DIPERINGKAT AWAL KANAK-KANAK...
  
1.Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi.
2.Kurang/tidak memberus gigi.
3.Teknik pemberusan gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak.
4.Menyusu botol yang mengandungi sukrosa.
5.Pengambilan ubat yang mengandungi gula.





Monday 29 December 2014

KANSER MULUT...
-Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.
Berikut adalah faktor- faktor yang menyebabkan kejadian kanser mulut :-
-Merokok.
-Mengunyah tembakau.
-Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau.
-Minum alkohol yang berlebihan.
-Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan.



Saturday 27 December 2014

GIGI ANAK KECIL ANDA ....
Gigi susu pertama mula tumbuh pada usia bayi 6 hingga 8 bulan dan set gigi susu akan tumbuh dengan lengkap ketika umur kanak-kanak mencecah 3 tahun. Gigi susu bawah depan akan tumbuh dahulu diikuti gigi susu depan atas. Bila semua gigi susu tumbuh, 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang atas dan 10 batang gigi akan berada di bahagian rahang bawah.
..Kawal Pemakanan Yang Diambil Oleh Anak Anda..
Pembelian makanan ringan bergula harus dijadualkan dan dihadkan pada waktu atau hari-hari tertentu sahaja, contohnya pada waktu tengah hari sahaja selang sehari, atau pada hujung minggu sahaja atau pada hari keramaian.

Thursday 25 December 2014

Sebab-sebab Cabutan Gigi Dilakukan
Kerosakan atau karies teruk
Penyakit gusi yang menyebabkan kelonggaran gigi
Gigi yang terbenam/ terimpak yang dijangkiti secara berulang atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran
Sebahagian daripada rawatan ortodontik
Gigi yang patah
Apabila gigi (gigi susu) belum diganti oleh gigi kekal

Selepas cabut gigi, pastikan anda :
...gigit kain kasa (gauze) yang diberikan ke atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti.
... Telan air liur
...Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan
DAN TIDAK MELAKUKAN perkara berikut :
Berkumur-kumur dalam masa 24 jam selepas cabutan gigi
Mengorek atau mengusik bekas cabutan sama ada dengan lidah atau jari
Mengambil makanan atau minuman panas
Merokok
Apa itu rawatan akar?
Rawatan akar gigi atau Root Canal Treatment (RCT) merupakan rawatan yang dilakukan oleh doktor gigi untuk membaik pulih keadaan gigi agar boleh berfungsi secara normal semula. Rawatan ini dilakukan secara berperingkat-peringkat.
punca:-
a. Lubang atau karies gigi yang terlalu dalam
b. Gigi yang telah retak dan telah mengalami kesakitan yang berterusan
c. Gigi yang telah mati dan gigi yang berubah warna.
pm kami untuk pemeriksaan gigi anda ....

Wednesday 24 December 2014

Gigi Tidak Tersusun
Gigi tidak tersusun ialah suatu keadaan di mana gigi-gigi dalam mulut tidak tersusun dengan baik.
Kenapa?
Faktor keturunan
Saiz tulang rahang dan gigi tidak seimbang
Bilangan gigi yang lebih
Bentuk gigi yang tidak normal
Gigi terhimpit kerana tidak cukup ruang (terimpak)
Kehilangan awal gigi susu atau gigi kekal
Tabiat buruk seperti menghisap jari atau menggigit bibir
PENJAGAAN GIGI SEMASA HAMIL
untuk mengelakkan jangkitan mulut dan gusi wanita hamil dinasihatkan memakan makanan seimbang,memberus gigi dengan menggunakan ubat gigi yang dibenarkan 2 kali sehari.
lakukan pemeriksaan gigi walaupun ketika hamil
beritahu tentang kehamilan anda pada doktor
pm kami untuk pemeriksaan gigi anda...
hubungi 0390544034
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami

Tuesday 23 December 2014

Impacted wisdom tooth atau gigi bongsu tersekat.
masalah:
..makanan selalu tersekat..
..caries pd celah gigi..
..bengkak dan sakit..

pastikan gigi anda x "baring" macam tu ye...
kalau rasa sakit cepat2 jumpa doktor gigi!!
pm@hubungi kami 0390544034

Saturday 20 December 2014

INFO:SUDUT KESIHATAN.
 
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
~Gigi berkarat (staining).
~Nafas berbau (halitosis).
~Penyakit gusi (penyakit periodontium).
~Kanser mulut.



selamat pagi semua....
awali hari anda semua dengan senyuman...

‪#‎klinik‬ kami beroperasi seperti biasa....
9am-6pm..
untuk buat appt, pm @call kami 0390544034.

KEBERSIHAN MULUT ANDA KEBANGGAAN KAMI.


Friday 19 December 2014

[Rawatan Salur Akar]

Rawatan kanal akar (rawatan endodontik) merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, agar gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.



INFO: PUNCA GIGI RETAK...

1.Mengunyah makanan yang keras seperti ais, kekacang dan gula-gula yang agak keras.
2.Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
3.Mengisar dan mengetap gigi.
4.Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
5.Tekanan pada sesuatu gigi.
6.Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
7.Permukaan / enamel gigi terdedah kepada suhu yang melampau.



Thursday 18 December 2014

[KEHAUSAN GIGI]
~Mengapa gigi anda sensitif (ngilu),??kelihatan pendek dan tidak menarik? Berkemungkinan anda mengalami masalah kehausan gigi yang tidak normal (abnormal).Beberapa faktor yang menyebabkan gigi menjadi haus. Antaranya ialah:

a)Memberus gigi menggunakan berus gigi keras dan terlalu lama.
b)Mempunyai sikap mengunyah gigi semasa tidur atau dalam keadaan stress.
c)Pengambilan minuman berkarbonat, minuman tenaga (REDBULL), jus buah, alkohol.
d)Pengambilan jeruk, buah yang berasid seperti limau, cuka.
e)Pengambilan ubat tertentu seperti Vitamin C secara berlebihan.





..Plak Gigi..
~Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategic seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi. Plak sering disalah tafsirkan sebagai sisa makanan yang melekat pada gigi.



Wednesday 17 December 2014

SEBAB GIGI PERLU DICABUT:-
1.Kerosakan atau karies teruk.
2.Penyakit gusi lanjut (periodontitis) yang dikaitkan dengan kelonggaran gigi.
3.Gigi yang terbenam/ terimpak yang dijangkiti secara berulang atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran.
4.Pulpitis (keradangan tisu pulpa di dalam struktur gigi).
5.Sebahagian daripada rawatan ortodontik.
6.Gigi yang fraktur/ patah.
7.Apabila gigi (gigi susu) belum diganti oleh gigi kekal.


{PUNCA GIGI BERUBAH WARNA}
-Kerosakan gigi (karies).
-Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi.
-Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa.
-Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak.
-Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi.
-Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi.
-Pertambahan usia.


-Faktor keturunan 


Tuesday 16 December 2014

[SEBAB-SEBAB GIGI SENSITIF]

-Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
-Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif.
-Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
-Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam,
-Gigi berlubang yang tidak dirawat
-Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.


INFO:CARA MENCEGAH SAKIT GIGI :-

i)Memberus gigi dan menggunakan flos.
ii)Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya dua setahun.
iii)Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman manis.
iv)Makan secara sihat. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Monday 15 December 2014

{Penjagaan gigi}
-Memflos gigi sebelum memberus
-Berus gigi dua kali sehari
-Gunakan berus gigi yang betul
-Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun
-Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung
-Berhenti merokok
-Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol
-Tingkatkan pengambilan kalsium
-Amalkan pengambilan vitamin C dan D



Friday 12 December 2014

dalam masa 2 minggu gigi patient ni dh bergerak ...
best best best...
damon braces dapat mengubah susunan gigi anda dengan cepat.
berminat ? pm kami @ hubungi 0390544034
kesihatan mulut anda kebanggaan kami ....


Warna gigi boleh berubah menjadi:
*Kekuningan
*Coklat
*Hitam
*Hijau
*Kelabu kebiruan
*Putih legap

Sebab-sebab:
..Kerosakan gigi (karies)
..Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun)
..Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
..Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa
..Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak
..Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi
..Masalah kongenital saluran hempedu
..Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi
..Pertambahan usia
..Faktor keturunan

Wednesday 10 December 2014

[GIGI RETAK]
Gigi retak disebabkan oleh pelbagai faktor:-
...Mengunyah makanan yang keras seperti ais,kacang dan gula-gula yang agak keras.
...Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
...Mengisar dan mengetap gigi.
...Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
...Tekanan pada sesuatu gigi.
...Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
...Permukaan gigi terdedah kepada suhu yang melampau,
...Gigi yang rapuh atau lemah disebabkan gigi tersebut telah melalui rawatan kanal akar.

Tuesday 9 December 2014

[Masalah berkaitan gigi]
PLAK DAN KALKULUS; Plak merupakan lapisan nipis dan melekit mengandungi bakteria yang sentiasa terbentuk di dalam mulut. Ia akan mula mengeras disebabkan enapan garam kalsium dari air liur dan membentuk kalkulus.
PENYAKIT PERIODONTAL:Penyebab utama bagi penyakit periodontal ialah pengumpulan plak bakteria.Ia akan menyebabkan gusi membengkak dan mudah berdarah.
KARIES GIGI:Sesetengah bakteria plak akan menghasilkan asid dari karbohidrat,asid ini akan melarutkan enamel gigi dan membentuk karies yang akhirnya memusnahkan gigi jika tidak dirawat.

Monday 8 December 2014

[Bagaimana Berhenti Merokok Boleh Meningkatkan Kesihatan Pergigian Anda]
Merokok adalah satu tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan.
... risiko kehilangan gigi
...sering mengalami penyakit gusi
...merokok mengurangkan daya ketahanan badan
...menyebabkan nafas berbau
...menyebabkan gigi berkarat
...boleh menyebabkan keradangan pada kelenjar air liur

pm kami untuk pemeriksaan gigi anda!!
@ hubungi 0390544034

‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami....



Saturday 6 December 2014

...PEMUTIHAN GIGI...
~Teeth Whitening atau pemutihan gigi merupakan suatu kaedah dalam rawatan pergigian kosmetik untuk mendapatkan gigi yang putih dan bersinar. Ramai orang menganggap bahawa rawatan scalling (cuci gigi) dapat memutihkan gigi mereka tetapi ia sebenarnya agak mustahil jika rawatan pemutihan gigi tidak dijalankan.
`Sama ada anda telah hilang keyakinan diri kerana gigi anda telah kekuningan atau anda hanya ingin mempuyai penampilan diri yang terbaik, pemutihan gigi adalah satu cara yang cepat dan berkesan untuk mencerahkan senyuman anda dan meningkatkan keyakinan diri anda melalui penampilan diri anda.
~Pemutihan gigi dapat menghapuskan perubahan warna dan kotoran pada gigi, dan pigmentasi semulajadi gigi. Melalui rawatan ini, anda boleh mengharapkan gigi anda menjadi nyata cerah selepas gigi pemutih.
~Terdapat dua kaedah dalam rawatan pemutihan gigi, iaitu di Klinik Gigi atau di rumah.
**Kaedah pemutihan gigi di Klinik Gigi
Di klinik gigi, kaedah dilakukan ialah dengan menggunakan gel bleaching dan cahaya laser. Ini adalah satu kaedah yang baik pemutihan gigi untuk gigi sensitif dan proses ini dipantau oleh doktor gigi. Melalui cara ini, gigi akan diasingkan dari bibir dan gusi dengan teliti kemudian gel bleaching dikenakan kepada mereka. Laser digunakan bersama-sama dengan gel untuk mempercepat dan menguatkan proses pemutihan gigi. Keputusan boleh dicapai dalam satu atau dua lawatan.

Anda juga boleh mendapatkan alat pemutihan gigi untuk rawatan di rumah (sendiri) di klinik-klinik gigi. Namun disarankan agar menjalankan rawatan ini di klinik gigi untuk kesan yang lebih tahan lama dan terjamin keberhasilannya.

Friday 5 December 2014

CARA MENGELAKKAN GIGI SENSITIF.
-Kekalkan amalan kebersihan mulut dan gigi yang baik. Bersihkan kesemua bahagian gigi dengan teknik memberus dan memflos gigi dengan betul.
-Elakkan cara memberus secara mendatar kerana ini akan menyebabkan susutan gusi dan kengiluan gigi
-Gunakan berus gigi berbulu lembut. Berus secara perlahan dan berhati-hati di sekeliling gusi untuk mengelakkan penghakisan permukaan gigi dan mengelakkan kecederaan gusi.
-Gunakan ubat gigi berfluorida.
-Awasi pemakanan anda. Kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang berasid seperti limau dan minuman bergas yang boleh melarutkan lapisan enamel gigi dan menyebabkan pendedahan lapisan dentin.


Kenapa gigi perlu diberus?
-Memberus gigi boleh membersihkan sisa makanan dan plak dari permukaan gigi. Ia juga merupakan salah satu cara untuk menyapu fluorida yang kepada bahagian gigi. Permulaan awal memastikan anda mempunyai kesihatan mulut yang baik sepanjang hayat.


Thursday 4 December 2014

TAHUKAH ANDA APA ITU ORTODONTIK???
-Ortodontik merupakan rawatan untuk membetulkan sususan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak teratur.

Keadaan yang memerlukan rawatan ortodontik?
a) Rupa bentuk gigi:
i)Gigi terlalu jongang (rahang atas ke hadapan).
ii)Gigi taring terkeluar dari susunannya.
iii)Gigi depan berlapis, tidak rata.
iv)Celahan gigi yang besar.


b) Fungsi gigitan terganggu:
i)Gigitan terbuka(tidak rapat).
ii)Gigi berlapis (menyebabkan makanan tersumbat dan sukar dibersihkan).
iii)Sukar menggigit kerana rasa sakit pada sendi di hadapan telinga.
iv)Sukar untuk merapatkan bibir (bernafas melalui mulut).


JOM KONGSIKAN.

KARIES gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang'. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal dan gigi susu.

TANDA-TANDA KARIES GIGI PADA MULUT ANDA:-
-Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam).
-Liang-liang kecil pada permukaan gigi.
-Lubang yang ketara.
-Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.
-Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk


Wednesday 3 December 2014

aduhhhhhh , gigi sakitttt !!!!
{Sakit Gigi}
-Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami di sekitar gigi atau rahang. Sakit gigi lazimnya terjadi di kalangan mereka yang mengabaikan kesihatan mulut. Penyebab utama sakit gigi adalah kerosakan (karies) gigi.Selain dari kerosakan gigi, sakit gigi juga boleh disebabkan oleh Penyakit gusi (penyakit periodontium),
Gigi sensitif,Gigi retak,Sakit sendi rahang.



Tuesday 2 December 2014

Gigi yang sakit disebabkan lubang pada gigi tidak semestinya dicabut.
Jika lubang pada gigi itu sangat dalam sehingga hampir dengan saraf, maka gigi itu boleh lagi diselamatkan

Ramai orang yang tidak sayang pada gigi mereka. Mereka lebih rela mencabut gigi dan memakai gigi palsu..
Ada orang yang mahu semua giginya dicabut dan mahukan gigi palsu penuh sebagai ganti.

pm kami untuk maklumat lanjut.
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami#


Monday 1 December 2014

PUNCA GIGI KUNING.
1.Genetik & Usia
warna gigi dipengaruhi oleh pembentukan tulang. Ini adalah kerana pembentukan tulang tersebut memiliki unsur genetik serta usia. Jadi, warna gigi pun turut dipengaruhi oleh dua faktor tersebut.
2. Makanan & Minuman
Pengambilan buah-buahan memang baik buat tubuh serta menyihatkan, tetapi anda perlu tahu ada beberapa jenis buah-buahan yang boleh menjadi punca gigi kuning. Contonya, jeruk-jeruk serta minuman seperti teh dan kopi.
4. Rokok
Selain merosakkan kesihatan, rokok juga menjadi punca gigi kuning. Kandungan nikotin dalam rokok menyebabkan ruang mulut menjadi asid.


RAWATAN VENEER dapat mengembalikan senyuman anda dan tampil lebih berkeyakinan.
pm/call kami untuk keterangan lanjut 03-90544034