Thursday, 30 April 2015

Gigi Bongsu
Gigi bongsu ialah gigi geraham ketiga yang tumbuh pada peringkat remaja atau awal dua puluhan. Ia kerap terhimpit (terimpak) kerana ruang di rahang mulut tidak cukup untuk gigi tersebut tumbuh dengan baik.
Gigi bongsu yang terimpak boleh menyebabkan:
Kesakitan
Jangkitan
Kebengkakan
Penyakit gusi
Nafas berbau
Kerosakan gigi (karies) pada gigi bersebelahan
Kesukaran membuka mulut
Jumpa doktor pergigian jika berlaku keadaan seperti berikut:
Kebengkakan gusi di sekeliling gigi bongsu
Kebengkakan muka
Kesukaran untuk menelan
Kesukaran membuka mulut
Demam

Wednesday, 29 April 2015

Mengapakah gigi susu penting untuk kesihatan kanak-kanak?
...Membolehkan kanak-kanak makan secara normal untuk pengambilan nutrisi yang penting bagi tumbesaran.
...Membantu kanak-kanak belajar bertutur. Ketiadaan gigi mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut pelat dan lambat belajar menyebut sesetengah huruf dengan betul.
...Membantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.
...Menyediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.
...Memberi penampilan yang lebih menarik. Oleh itu, gigi susu yang sihat membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko karies gigi dikalangan kanak-kanak, antaranya :
...Diet yang kurang sihat terutamanya pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula.
...Menyusu botol. Terutamanya jika kanak-kanak kecil diberi minuman bergula di dalam botol susu kemudian dibiarkan tidur dengan botol susu di dalam mulut sepanjang malam.
...Status sosioekonomi dan pendidikan ibu bapa atau penjaga yang rendah dikaitkan dengan peningkatan karies gigi kanak-kanak kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan kesihatan mulut.
...Kuman Mutans Streptococci (MS). Kuman ini adalah di antara kuman yang bertanggungjawab dalam pembentukan karies gigi. Ketika lahir, kanak-kanak tiada kuman MS di dalam mulut. Namun, perkongsian air liur dengan ibu bapa (contohnya ketika perkongsian makanan, sudu, dsb) menyebabkan kanak-kanak dijangkiti MS.
...Plak mengandungi berjuta-juta kuman yang menyebabkan karies. ...Kanak-kanak yang tidak memberus gigi didapati mempunyai plak gigi yang banyak serta karies gigi yang teruk.

Tuesday, 28 April 2015

Plak Gigi
Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna, terbentuk dan melekap pada permukaan gigi, lidah, gigi palsu dan tempat-tempat strategic seperti pinggiran tampalan, korona dan celah-celah gigi.Kalkulus (tartar) adalah plak yang telah mengeras, jika ianya dibiarkan tanpa dibersihkan. Apabila kalkulus telah terbentuk, ianya menyukarkan pemberusan dan penggunaan flos yang berkesan. Permukaannya yang kasar menyebabkan lebih banyak plak akan terperangkap dan terkumpul di kawasan tersebut.




Apakah alasan seseorang dewasa untuk mendapatkan rawatan ortodontik?
Berasa malu apabila tersenyum dengan gigi yang tidak tersusun dan tidak cantik. Ini boleh memberi kesan ke atas keyakinan diri seseorang.
Bagi menutup ruang di antara gigi.
Menyukarkan pesakit untuk membersihkan gigi disebabkan susunan gigi yang teruk.
Bagi membolehkan prosedur rawatan gigi yang lain dapat dijalankan seperti dentur (gigi palsu), korona gigi (crown), jambatan gigi (bridge) dan implan gigi.
Dijalankan pada pesakit yang mempunyai penyakit periodontal yang terkawal, bagi memudahkan pesakit membersihkan gigi.
Bagi pesakit yang mempunyai masalah rahang dan gigitan yang salah. Ini menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam pertuturan, gigitan dan pengunyahan makanan.
Bagi pesakit yang tidak sukakan penampilan muka dengan kedudukan rahang yang salah. Ini memerlukan rawatan ortodontik bersama pembedahan tulang rahang. Rawatan khas ini dinamakan pembedahan ortognatik.

Monday, 27 April 2015

[ INFO: SCALING ]
Rawatan scaling paling bagus dilakukan adalah minimum 2 kali setahun ataupun 6 bulan sekali. Harus diingatkan bahawa terlalu kerap melakukan scaling juga tidak baik kerana dapat menyebabkan lapisan gigi menjadi nipis. Kalau ini berlaku, masalah gigi sensitif akan timbul.
Biasanya seseorang akan berasa takut untuk melakukan scalling buat kali pertama, namun kalau sudah biasa, tidak ada apa pun yang perlu ditakutkan sebenarnya. Bagi mereka yang pertama kali mahu melakukan scalling, tetapi masih ragu-ragu, dapatkanlah maklumat daripada dentist ataupun mereka yang sering scaling supaya dapat membina keyakinan diri untuk melakukan rawatan ini.
pm/hubungi kami 0390544034 utk rawatan ...
...kesihatan mulut anda kebanggaan kami...

Friday, 24 April 2015

Apakah Anda merasakan ngilu pada gigi karena gigi sensitif?
Seperti apa gejala gigi sensitif?
Apakah anda merasakan ngilu yang tajam pada gigi anda saat makanan/minuman sejuk? Atau pada saat-saat tertentu seperti saat menyikat gigi atau saat berada di udara yang dingin?
Gigi sensitif merupakan permasalahan pada gigi yang berbeza dari kelainan gigi lainnya. Gigi sensitif bukanlah suatu penyakit, melainkan terdapatnya perubahan pada struktur gigi dan gusi,(lapisan pelindung terluar gigi) ataupun penurunan gusi.

Thursday, 23 April 2015

Pendarahan Berlanjutan Selepas Cabutan Gigi
Kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
FAKTOR SETEMPAT:
Gangguan kepada darah beku
Tisu hiperimik
Mengambil makanan atau minuman panas
Kes cabutan yang sukar atau lama
FAKTOR SISTEMIK:
Tekanan darah tinggi
Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah
Penyakit pembekuan darah
Langkah-langkah yang boleh diambil jika pendarahan masih tidak berhenti
..elakkan daripada berkumur keterlaluan kerana ini akan mengeluarkan darah beku dari soket.
..gauze perlu digigit di kawasan cabutan selama lebih kurang 30 minit.
..Sekiranya pendarahan berterusan selepas tekanan dikenakan selama 30 minit, hubungilah klinik pergigian untuk arahan dan nasihat selanjutnya.

Wednesday, 22 April 2015

Apakah yang perlu anda lakukan sebelum cabutan gigi?
Sebelum ke klinik, pastikan anda:-
...Makan terlebih dahulu
...Ambil ubat-ubatan harian yang perlu (contohnya untuk penyakit kencing manis, darah tinggi)
...Sekiranya anda mempunyai kad perubatan atau senarai ubat yang diambil, sila bawa bersama apabila berjumpa dengan doktor gigi anda
...Bawa bersama, sekiranya ada, sebarang radiograf (filem x-ray) yang berkenaan dengan kepala dan leher
Semasa rawatan :
...Beritahu doktor pergigian jika anda mempunyai sebarang masalah kesihatan, jika anda sedang mengambil sebarang ubat, atau sekiranya anda pernah mengalami cabutan gigi yang sukar sebelum ini
Maklumkan kepada doktor gigi anda sekiranya anda berasa kurang sihat atau risau...

Tuesday, 21 April 2015

MITOS TENTANG GIGI DAN MULUT
Mitos: Jika tidak sakit gigi, tidak perlu ke doktor gigi.
Fakta: Kunjungan rutin setiap 6 bulan sekali berguna untuk memeriksa keadaan gigi dan mulut secara keseluruhan. Sakit gigi menunjukkan bahawa lubang gigi telah cukup dalam dan mungkin telah mengenai saraf gigi.
Mitos: Semua gigi bongsu harus dicabut.
Fakta: Gigi bongsu harus dicabut jika ada masalah dengan gigi tersebut, biasanya ia tumbuh senget sehingga terganggu gigi sebelah dan menyebabkan sering tersangkut makanan. Selain itu gigi tersebut perlu dicabut jika berlubang besar.
Mitos: Gigi yang putih lebih sihat
Fakta: Masyarakat beranggapan gigi yang putih lebih cantik.
bersih dengan cara berus gigi 2x sehari (setelah sarapan dan sebelum tidur), flossing, serta menghindari makanan dan minuman yang dapat menyebabkan gigi kuning seperti teh, kopi dan red wine.
Mitos: Tidak perlu menyikat gigi susu.
Fakta: Meskipun seluruh gigi susu akan tanggal dan digantikan oleh gigi tetap, gigi susu tetap harus dijaga dengan memberus gigi dan flossing. Kebiasaannya menjaga kebersihan gigi sangat perlu sejak kecil. Dengan memberus gigi setiap hari pada waktu dan cara yang betul dapat mengelak dari gigi berlubang. Lubang pada gigi susu dapat mempengaruhi pertumbuhan gigi kekal. Lubang pada gigi susu harus ditampal atau dirawat jika perlu.

Monday, 20 April 2015

TAHUKAH ANDA .....
Gigi geraham bongsu adalah gigi yang sangat unik...
Ada masa tumbuh senget ke depan, ada masa tumbuh separuh lepas itu dah tak boleh nak keluar dah, ada masa tumbuh ke belakang, ada masa kedudukannya mengganggu urat saraf.
Janganlah takut jumpa doktor gigi, kalau dah memudaratkan.
Agak-agak ada salah satu atau kesemua simptom ini; gigi geraham bongsu tumbuh separuh, rasa sakit, gusi membengkak atau bernanah, demam, gigi itu dah berlubang, susah nak buka mulut sebab sakit sangat ..
~~pm/hubungi kami 0390544034

Saturday, 18 April 2015


kembalikan senyuman anda dengan yakin...........tampalan gigi depan boleh membantu.....apa tungu lagi ingin tahu lebih detail pm/call 0390544034

SALAM CERIA SEMUA=)












Friday, 17 April 2015



Clearpath bersama mydental care sg besi.......
ingin tahu lebih detail mengenai clearpath
sila pm/call 0390544034....



TIPS PENJAGAAN GIGI..

1. Berus gigi dengan displin.
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.
2. Jaga pemakanan.
Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi.Minum air putih dan berkumur setiap kali lepas makan.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida.
kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’.
Anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.
5. Berkumur selepas makan.
Berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan.
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
Mulut :
Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
Kerosakan gigi (karies gigi)
Penyakit gusi (penyakit periodontium)
Makanan melekat di celah gigi
Gigi palsu yang tidak bersih
Bau mulut ketika bangun tidur
Mulut kering
Tabiat bernafas melalui mulut
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :
Penjagaan kesihatan mulut :
Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun
Sebab-sebab Cabutan Gigi Dilakukan....

-Kerosakan atau karies teruk.
-Penyakit gusi lanjut (periodontitis) yang dikaitkan dengan kelonggaran gigi.
-Gigi yang terbenam/ terimpak yang dijangkiti secara berulang atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain y.ang berhampiran.

-Pulpitis (keradangan tisu pulpa di dalam struktur gigi).
-Sebahagian daripada rawatan ortodontik.
-Gigi yang fraktur/ patah
-Apabila gigi (gigi susu) belum diganti oleh gigi kekal
Peranan Gula-gula Getah
Gula-gula getah telah terbukti:
Merangsang penghasilan air liur
Meneutralkan asid plak gigi
Merangsang remineralisasi enamel gigi
Membantu mencegah pembentukan karies gigi
Masa paling sesuai gula-gula getah dikunyah ialah selepas makan dan selepas mengambil snek (khususnya yang bergula) dan dikunyah selama sekurang-kurangnya 20 minit. Gula-gula getah membantu mengembalikan pH air liur ke tahap normal dengan peningkatan penghasilan air liur.
TERDAPAT TIGA JENIS RETAINER:
1. Retainer Hawley - Diperbuat daripada logam dan akrilik. Wayar akan dibengkokkan ke dalam akrilik atau plastik. Wayar akan melilit seluruh bahagian hadapan gigi manakala acuan akrilik akan dimuatkan dengan menyeluruh di dalam mulut anda. Ia boleh didapati dalam pelbagai warna dan gaya . Retainer ini mudah dilaras, senang dicuci serta tahan lama.
2. Retainer Essix - Retainer ini diperbuat daripada plastik lutsinar . Braces ini tidak terlalu menonjol atau seperti tidak kelihatan langsung pada si pemakai. Retainer ini perlu diganti setelah beberapa tahun
3. Retainer kekal - Retainer ini kekal sepanjang masa di dalam mulut anda kerana ia akan digam di belakang gigi anda. Biasanya retainer jenis ini akan diletakkan di belakan enam gigi depan yang lebih rendah. Retainer ini kadang-kadang menyebabkan anda sukar untuk floss dan mungkin menganggu lidah.
Sebelum pakai braces, apa yang anda perlu buat?
1. Jumpa pakar orthodontik untuk diperiksa.
2. Ambil acuan gigi
3. Xray
4. Cabut gigi
5. Pasang ‘seperator’
(Seperator ni macam getah kecil bentuk bulat.
6. Pasang braces
Terdapat banyak sebab mengapa cabutan gigi perlu dilakukan. :

1-Kerosakan gigi yang teruk , menyebabkan gigi tidak dapat ditampal lagi
2.Masalah gusi yang teruk , menyebabkan kehilangan tulang sokongan sekeliling gigi yang akhirnya mengakibatkan gigi menjadi longgar.
Jangkitan kuman yang teruk
3.Kegagalan rawatan kanal akar(rawatan endodontik) walaupun setelah rawatan diulang beberapa kali.
4.Kecederaan/trauma gigi yang teruk
Bagi tujuan rawatan ortodontik/pendakap gigi (rawatan untuk mengatur susunan gigi), yang mana ada masanya gigi yang sihat, perlu dicabut.
APAKAH YANG ANDA PERLU LAKUKAN SELEPAS CABUT GIGI?
Selepas cabutan gigi, pastikan anda :
1.Letakkan dan gigit kain kasa (gauze) yang diberikan ke atas bekas cabutan sekurang-kurangnya 10 minit atau sehingga pendarahan berhenti. Jika pendarahan berterusan, gigit kain atau sapu tangan yang bersih dan segera dapatkan rawatan di klinik pergigian yang berhampiran.
2.Telan air liur
3.Ambil ubat sebagaimana yang diarahkan
4.Makan makanan yang lembut seperti bubur dan minum minuman yang sejuk
Perubahan selepas memakai clearpath..
anda mempunyai masalah gigi tak rata?
berminat untuk memakai clearpath?
ingin tahu lebih detail sila pm atau hubungi kami 0390544034

TIPS PENJAGAAN GIGI..
1. Berus gigi dengan displin.
Kerap memberus gigi dapat menjamin kesihatan gigi. Menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi. Berus gigi setiap kali lepas makan dan ini akan membuatkan anda rasa ‘fresh’dan mulut sentiasa bersih setiap kali lepas gosok gigi.
2. Jaga pemakanan.
Pemakanan mesti dijaga, kurangkan makanan yang agak manis dan melekit kerana akan menyebabkan ia melekat di celah-celah gigi.Minum air putih dan berkumur setiap kali lepas makan.
3. Gunakan pencuci mulut berflorida.
kumur dengan pencuci mulut berflorida sekali sehari sebelum tidur tapi mesti digunakan selepas beberapa minit memberus gigi. Bukan sebaik sahaja selepas berus gigi kerana ini boleh menyebabkan tindakbalas antara pencuci mulut dan ubat gigi.
4. Buat lawatan ke klinik gigi untuk pemeriksaan dan ‘scaling’.
Anda harus membuat pemeriksaan gigi secara berkala, sebaik-baiknya enam bulan sekali.
5. Berkumur selepas makan.
Berkumur dengan air putih selepas anda selesai makan.
.Bridge
Ada org kata tanam gigi. Bridge ( atau jambatan) ini bertujuan menggantikan gigi yang telah tiada tetapi masih lagi mempunyai gigi yang bersebelahan. Seperti jambatan yang mempunyai 2 tiang, bridge memerlukan 2 gigi yang sihat dan tidak bergoyang di antara ruang yang tiada gigi itu.


Friday, 3 April 2015




with a little touch bring a lot of differences,
boost up your smile with us and smile confidently...







short front teeth?
veneer can change your smile....
veneer there is a solution...
pm/call 0390544034 
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami





Tabiat merokok atau tidak merokok adalah hak individu. Namun begitu, berhenti merokok boleh meningkatkan kesihatan pergigian anda.
Merokok adalah satu tabiat yang boleh memudaratkan kesihatan.
Antaranya:-
1.Risiko kehilangan gigi
2.Merokok mendedahkan risiko jangkitan akar gigi kerana perokok sering mengalami penyakit gusi yang lebih teruk.
3.Merokok mengurangkan daya ketahanan badan
4.Merokok menyebabkan nafas berbau
5.Merokok mengurangkan keberkesanan rawatan penyakit gusi.
6.Merokok menyebabkan gigi berkarat
7.Merokok boleh menyebabkan keradangan pada kelenjar air liur di dalam mulut disebabkan oleh haba yang dikeluarkan semasa merokok.
8.Merokok (penggunaan tembakau) meningkatkan risiko kanser mulut.
9.lebih banyak merokok, lebih teruk kesannya terhadap gusi anda.