Saturday, 29 August 2015

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENCAPAI MULUT LEBIH SIHAT UNTUK PENYAKIT KENCING MANIS..
***Pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.
***Berhenti merokok,makan makanan sihat dan bersenam selalu untuk kesihatan.
***Kawal penyakit gusi sebelum melakukan rawatan gigi yang lain.
***Dapatkan pemeriksaan mulut selalu.setiap 3 hingga 6 bulan.
***Pengawalan gusi boleh di kawal dengan berus gigi 2 kali sehari,flos gigi,tukar berus gigi bila perlu.(2-3bulan)

Friday, 28 August 2015

SINDROM GIGI RETAK
Terkadang anda akan merasa sakit yang menyucuk apabila menggigit atau mengunyah. Kesakitan itu akan hilang dengan cepat dan mungkin anda akan mengabaikannya. Jika ya, maka anda mungkin menghadapi ''Sindrom Gigi Retak''.
Apa yang menyebabkan Gigi Retak?
Gigi retak disebabkan oleh pelbagai faktor:-
..Mengunyah makanan yang keras seperti ais, kekacang dan gula-gula yang agak keras.
..Kemalangan yang melibatkan bahagian mulut.
..Mengisar dan mengetap gigi.
..Tekanan pengunyahan yang tidak sekata.
..Tekanan pada sesuatu gigi.
..Kehilangan sebahagian struktur gigi disebabkan kehausan pada gigi, tampalan yang besar atau lain-lain tampalan.
..Permukaan / enamel gigi terdedah kepada suhu yang melampau,
..Gigi yang rapuh atau lemah disebabkan gigi tersebut telah melalui rawatan kanal akar.
..Mereka yang mempunyai satu gigi yang retak berkemungkinan mempunyai masalah yang sama di beberapa batang gigi pada masa yang sama atau pada masa hadapan

Thursday, 27 August 2015

*Pendarahan Berlanjutan Selepas Cabutan Gigi*
Kejadian pendarahan berlanjutan selepas cabutan gigi adalah peristiwa yang jarang berlaku, tetapi kerap dilaporkan sebagai salah satu komplikasi cabutan gigi. Ianya boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang boleh dibahagikan kepada faktor setempat dan sistemik.
FAKTOR SETEMPAT
..Gangguan kepada darah beku
..Tisu hiperimik
..Mengambil makanan atau minuman panas
..Kes cabutan yang sukar atau lama
FAKTOR SISTEMIK
..Tekanan darah tinggi
..Pengambilan ubat-ubatan yang mengganggu pembekuan darah
..Penyakit pembekuan darah
Cara Pengendalian Pendarahan Selepas Cabutan
Pengamal pergigian akan mengaplikasi tekanan secara manual pada kawasan berkenaan menggunakan pek gauze. Saiz gauze perlulah kecil supaya hanya melitupi soket cabutan. Gauze yang digunakan boleh dilembapkan supaya darah tidak membeku pada gauze dan darah beku yang terbentuk tidak tertarik daripada soket apabila gauze dikeluarkan.
Akan terdapat sedikit darah tercampur dalam air liur. Oleh itu, pesakit tidak perlu terlampau bimbang dengan amaun kehilangan darah yang dialami.
Selepas prosedur cabutan, pesakit dinasihati untuk menggigit (bukan kunyah) pada gauze selama 30 minit. Gauze perlu disimpan dalam mulut selama 30-45 minit. Pesakit juga dinasihati mengurangkan percakapan untuk 2-3 jam selepas cabutan.
Selepas cabutan surgikal gigi bongsu, pendarahan sedikit mungkin berlanjutan sehingga 2-3 hari. Air liur akan kelihatan bercampur dengan darah berikutan ini.

Tuesday, 25 August 2015

Pernahkah Anda mengalami pertumbuhan gigi di geraham? Itulah yang disebut dengan gigi bungsu. Gigi bungsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul di usia antara 17-25 tahun. Munculnya gigi bungsu ini memainkan peranan penting dalam membentuk keselarasan gusi. Kebanyakan orang dewasa memiliki empat gigi bungsu.
*Selain untuk menyelaraskan bentuk gusi, gigi bungsu diperlukan untuk mengunyah makanan dan mencegah kehausan gigi lainnya. Diyakini, gigi bungsu mampu mengunyah makanan sehingga lebih lembut.
*Salah satu hal yang kurang disukai dari munculnya gigi bungsu adalah rasa sakit yang menyertai tumbuhnya gigi ini. Hal ini disebabkan karena selama bertahun-tahun sejak terakhir tumbuh, gusi manusia mengalami perubahan bentuk sementara tumbuhnya gigi bungsu akan menggeser letak gigi lain sehingga menimbulkan rasa sakit dan bengkak.
GIGI MANUSIA
Gigi merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Akar gigi diselaputi oleh gusi. Berikut ialah fakta tentang gigi manusia
1.Terdapat dua set gigi manusia pada waktu iaitu gigi susu untuk kanak-kanak dan gigi kekal untuk orang dewasa. 
2.Ada empat jenis gigi dalam satu set lengkap gigi manusia iaitu gigi kacip, gigi taring, gigi geraham kecil dan gigi geraham besar. 3.Kanak-kanak mempunyai 20 batang gigi dan gigi pertama mereka akan tumbuh ketika mereka berumur 6 bulan.
4. Kanak-kanak akan mula kehilangan gigi susu mereka bermula pada umur 7 tahun.
5. Seorang dewasa mempunyai 32 batang gigi kekal.
6.Selain daripada menguyah makanan gigi juga digunakan untuk membantu percakapan.
7.Enamel yang menyelaputi gigi manusia merupakan bahan paling keras pada badan manusia.
8. Gigi susu yang sudah bergoyang menandakan bahawa gigi kekal sudah tumbuh ke permukaan menghakis akar gigi susu tersebut. Ia akan tercabut dengan sendiri atau boleh dicabut oleh doktor. Sekiranya gigi susu yang dicabut terlalu awal boleh menyebabkan gigi kekal yang tumbuh secara tidak tersusun.
*Fungsi empat jenis gigi*
Pada manusia dapat terdapat empat jenis gigi di dalam mulut manusia.
Gigi Kacip: Gigi Kacip adalah gigi yang memiliki satu akar yang berfungsi untuk memotong dan mengerat makanan atau benda lainnya.
Gigi Taring: Gigi taring adalah gigi yang memilki satu akar dan memiliki fungsi untuk mengoyak makanan atau benda lainnya. Gigi Geraham Kecil: Gigi graham kecil adalah gigi yang punya dua akar yang berfungsi untuk menggilas dan mengunyah makanan atau benda lainnya.
Gigi Geraham: Gigi geraham adalah gigi yang memiliki tiga akar yang memiliki fungsi untuk melumat dan mengunyah makanan atau benda-benda lainnya.

Saturday, 22 August 2015

Cuci gigi @ scaling gigi sebaiknya dilakukan 6 bulan sekali untuk memastikan kebersihan mulut sentiasa terjaga.jika berminat untuk membuat temujanji sila hubungi 0390544034 atau wassap 0105364010







Friday, 21 August 2015

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN BAGI PEMAKAI BRACES.


Thursday, 20 August 2015

TABIAT YANG MEROSAKKAN GIGI..
a)Memberus dengan kuat.
Menggunakan berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel.Gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit.
b)Jadikan gigi sebagai alat.
Ramai yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada.
c)Abaikan masalah.
Gusi berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari.

Wednesday, 19 August 2015

AMALAN PENJAGAAN UNTUK KANSER MULUT....
**Kulum ais batu halus untuk menyejukkan dan membasahkan mulut anda.
**Kunyah gula getah yang mengandungi Xylitol supaya boleh merangsang keluaran air liur.
**Berkumur untuk membasahkan mulut anda beberapa kali sehari. Berkumurlah dengan campuran ¼ sudu teh garam atau satu sudu teh soda penaik dalam satu cawan (lapan auns) air suam. Ikut dengan bilasan air kosong. Elakkan berkumur dengan mengunakan kumuran mengandungi alkohol.
**Pilihlah makanan yang berzat, lembut dan mudah dikunyah dan telan.
**Kunyah dengan perlahan-lahan dan minum air secukupnya.

Tuesday, 18 August 2015

PUNCA GUSI GELAP....
1.Terdedah kepada sinaran matahari yang terik
2.merokok
3.Kurangnya perjagaan kebersihan mulut.
4.Pengambilan ubatan antibiotik(Minocycline)pada jangka masa yang panjang.
5.Beberapa jenis penyakit Addison(kekurangan adrenalin yg teruk).



Monday, 17 August 2015

MASALAH SELEPAS TAMPALAN GIGI...
1. sakit dan merasa sensitif
– kadangkala merasa sedikit sakit dan sensitif terhadap kunyahan, angin, makanan manis dan suhu adalah biasa. Biasanya rasa ni akan hilang dalam masa beberapa hari. Jika ianya tidak hilang selepas seminggu atau jika terlalu sakit sampai anda tak tahan, jumpa balik doktor gigi.
2. tampalan yang bocor
 menyebabkan bakteria dan sisa makanan memasuki bahagian tersebut dan menyebabkan kerosakan gigi. Jika tidak dibuang lagi awal, bakteria ini senang merebak ke arah saraf dan menyebabkan bengkak dan sakit gigi.
3.tampalan baru yang tertanggal
selepas beberapa hari di tampal adalah disebabkan oleh lubang tampalan itu tidak dibuat dengan betul utk tampalan amalgam, terdapat darah atau air liur semasa membuat tampalan komposit, tergigit benda keras.

Saturday, 15 August 2015

RAWATAN SALUR AKAR....

Ciri-ciri gigi yang memerlukan rawatan akar?

~Gigi yang rosak teruk atau mempunyai tampalan yang besar hingga melibatkan lapisan pulpa.
~Gigi yang telah mati (non-vital)
~Gigi yang mempunyai tampalan besar dan diindikasikan untuk pembuatan korona kadang- kadang perlu rawatan kanal akar dilakukan terlebih dahulu untuk peletakan tiang dan teras.

Akibatnya jika rawatan salur akar tidak dilakukan?

~Ketidakselesaan atau kesakitan akan bertambah teruk
~Jangkitan atau nanah akan terjadi pada gigi tersebut
~Gigi mungkin terpaksa dicabut dan kebiasaannya kehilangan gigi memerlukan penggantian

-Prosedur Rawatan Salur Akar-

Rawatan ini mungkin memerlukan satu hingga dua atau lebih temu janji bergantung kepada tahap kerumitannya.

Xray gigi akan diambil sebelum rawatan bermula. Ini adalah untuk melihat bilangan dan keadaan akar gigi yang bermasalah tersebut

Bahagian enamel dan dentin gigi akan dibersihkan dahulu di mana karies dibuang , seterusnya tisu pulpa yang reput akan dibuang dari kanal akar dan kanal dibentuk  dan dibersihkan dengan bahan disinfeksi . Apabila selesai proses pembersihan, ubat dimasukkan ke dalam kanal akar dan kaviti pada bahagian korona gigi ditutup dengan tampalan sementara.

Pada lawatan seterusnya, kanal akan dibersihkan semula dan ditampal menggunakan bahan tampalan akar (Gutta Percha) jika tiada sebarang tanda dan gejala

Gigi akan ditampal tetap selepas rawatan kanal akar selesai.

...KAEDAH ANGKAT BIBIR...


Ibu bapa perlu menggunakan kaedah mudah secara ‘angkat bibir' untuk memeriksa mulut anak mereka. Kaedah angkat bibir perlu kerap dilakukan bagi melihat sebarang perubahan keadaan gigi.

Bagaimana melakukannya?

*Pastikan tangan anda dalam keadaan bersih.
*Dua orang dewasa duduk menghadap lutut ke lutut antara satu sama lain. Posisikan atau pangku anak kecil di riba atau di atas paha secara terlentang. Dengan berhati-hati, pastikan kedudukan anak disokong dengan meletakkannya pada perut, dan seorang lagi bantu memegang anak tersebut
*Atau letakkan anak di atas lantai sambil memandang anda. Kanak-kanak yang lebih besar boleh diperiksa sambil duduk rapat secara berhadapan dengan anda

Apa yang perlu diperiksa?
*Perhatikan bilangan gigi yang telah tumbuh di dalam mulut.
*Periksa keadaan gigi tersebut sama ada ia bersih atau tidak. *Perhatikan jika ada plak dan kotoran dalam mulut. Pereputan boleh bermula di bawah plak yang tidak dibersihkan secara berkala.
*Periksa jika ada garisan putih kekapuran atau bintik-bintik sepanjang gigi bersebelahan gusi. Ia mungkin merupakan tanda awal pereputan gigi
*Perhatikan juga bintik-bintik berwarna coklat dan lubang atau kaviti yang merupakan tanda-tanda pereputan gigi yang teruk


Pastikan gigi anak anda sihat. Jangan lupa untuk:

~Angkat bibir sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk memeriksa gigi hadapan anak tersebut.
~Periksa tanda-tanda awal pereputan gigi.
~Jangan sesekali menidurkan bayi dengan menggunakan botol susu kecuali jika ia hanya mengandungi air kosong.
~Hentikan penggunaan botol susu pada usia 12-14 bulan.
~Bersihkan gigi anak anda setiap hari.
~Bawa anak anda untuk pemeriksaan gigi apabila mencapai usia satu tahun.

Friday, 14 August 2015

PENTINGNYA KESIHATAN MULUT!!!!
Langkah-langkah Perawatan Kebersihan Mulut Yang Baik
1. Konsultasi dan tanyakan pada Doktor gigi Anda bagaimana sebaiknya menjaga kebersihan gigi dan kesihatan mulut yang baik.
2. Merokok membuatkan bau nafas pada mulut.
3. Diet yang baik sangat penting untuk kesihatan gigi dan gusi.
4. Memberus Gigi. Berus gigi dua kali sehari dan yang paling penting sebelum tidur.
5. Menggunakan ubat kumur atau pencuci mulut yang disyorkan oleh doktor gigi...
GIGI BERLUBANG
Gigi berlubang disebabkan oleh infeksi bakteri secara terus-menerus. Jika gigi berlubang berlangsung lama, maka akan sangat berefek pada nafsu makan anak sebab anak akan sangat susah mengunyah dan membuat mereka kesakitan saat makan .
GIGI TIDAK RATA
Jika ada salah satu gigi susu yang tanggal secara sini, ruangan bekas gigi yang dicabut harus tetap dipertahankan untuk tempat pertumbuhan gigi tetapnya nanti.
GIGI SUSU TINGGAL AKAR
Seorang anak biasanya mengalami kerosakan gigi yang parah hingga gigi susu mereka kemudian yang tersisa hanyalah akarnya saja. Hal ini disebabkan jika anak menggunakan botol susu sebelum tidur. Hal ini sangatlah berbahaya sebab bakteri boleh berkumpul dalam gigi dan mengakibatkan pendarahan pada gusi anak anda.

Thursday, 13 August 2015

Mitos Tentang Gigi dan Mulut
Mitos: Jika tidak sakit gigi, tidak perlu ke doktor gigi.
FAKTA: Kunjungan rutin ke doktor gigi setiap 6 bulan sekali berguna untuk memeriksa keadaan gigi dan mulut secara keseluruhan.
Mitos: Sikat gigi setelah makan manis atau asam.
FAKTA: Menberus gigi sesudah makan manis atau asamakan merosak lapisan enamel gigi kerana keadaan gigi yang asam membuat gigi melunak sehingga lebih mudah terkikis oleh sikat gigi. Beruslah gigi sekurang kurangnya 30-60 minit setelah makan serta berkumurlah dengan air putih setiap habis makan makanan manis dan asam.
Mitos: Memberus gigi semakin lama dan semakin keras lebih baik.
FAKTA: Memberus gigi dengan sikat berbulu keras, tekanan keras, dan durasi yang terlalu lama malah akan merosak gigi. Permukaan gigi akan terkikis dan menjadi haus, akibatnya enamel gigi menipis dan gigi menjadi ngilu. Beruslah gigi dengan berus berbulu lembut, tekanan ringan namun merata pada seluruh permukaan gigi. Durasi yang ideal untuk menberus gigi adalah 2-3 minit.
Mitos: Semua gigi bongsu harus dicabut.
FAKTA: Gigi bongsu harus dicabut jika ada masalah dengan gigi tersebut, biasanya kerana ia tumbuh mengiring sehingga mendorong gigi sebelahnya dan menyebabkan sering tersangkut makanan. Selain itu gigi tersebut perlu dicabut jika berlubang besar dan tidak dapat diselamatkan atau kerana gigi tersebut tumbuh dan terasa sakit namun tidak terdapat ruangan yang cukup pada rahang untuk tempat ia tumbuh. Seringkali gigi bongsu tidak dapat dicabut biasa, maka harus dilakukan pembedahan kecil untuk mencabut gigi bongsu.
Bestnya bila gigi dah putih...
dengan adanya rawatan Whitening dapat mengembalikan senyuman anda kembali menawan dan yakin pada bila masa dimana jua ... smile emoticon
patient happy rawatan semalam dapat mengubah giginya yang agak kuning kembali putih dari biasa ...
pm/call 0390544034/whatsapp 0105364010


Wednesday, 12 August 2015

In-office whitening:
In-office whitening maksudnya prosedur ini dijalankan oleh dentist sendiri. Pesakit akan pakai tray yang sudah diletakkan dengan gel untuk 15-20 minit hingga boleh sampai 1 jam.
jika berminat untuk pemutihan gigi anda
pm/call 0390544034/ whatsapp 0105364010
‪#‎kesihatan‬ mulut anda kebanggaan kami.....



Tuesday, 11 August 2015

Kehamilan membawa banyak perubahan pada diri seorang wanita dan gigi adalah anggota yang tidak terkecuali dari mengalami perubahan tersebut.Ketika hamil, ibu kerap menghadapi masalah gigi dan juga gusi berdarah.
Sewaktu hamil gusi menjadi lebih sensitif, sentuhan kepada gusi ketika memberus gigi sekalipun boleh menyebabkan gusi berdarah.
Selain itu rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masah gigi dan gusi berdarah.Gangguan ini menyebabkan ada ibu hamil yang membataskan rutin membersihkan rongga mulut hingga menyebabkan gigi tidak dijaga dengan baik.
CEGAH MASALAH GUSI
Selain mendapatkan rawatan daripada doktor gigi, ibu hamil boleh menjaga kesihatan gigi dan gusi dengan melakukan rutin ini.
::1) Bersihkan Diri Dengan Teratur
::2) Jaga Pemakanan
::3) Rawatan Gigi

Monday, 10 August 2015

KESAN TIDAK MENJAGA KORONA DAN JAMBATAN GIGI
Korona dan jambatan boleh bertahan sekurang-kurangnya sepuluh tahun atau seumur hidup,namun biasanya tidak kekal selama-lamanya.
Faktor utama yang menyebabkan jangka hayat jambatan atau korona yang pendek adalah tahap kebersihan mulut. Oleh itu, adalah sangat penting mendapatkan tunjuk ajar mengenai penjagaan kebersihan mulut yang betul apabila anda mempunyai tampalan korona atau jambatan supaya anda boleh melakukan penjagaan kebersihan mulut sendiri di rumah.
Apakah yang Dimaksudkan dengan Penjagaan Sendiri di Rumah?
..Memberus gigi dengan cara yang betul tiga kali sehari
..Menggunakan flos untuk membersihkan celah-celah gigi terumanya tampalan korona dan jambatan
..Menggunakan berus interdental untuk menggantikan superflos jika ruang antara gigi besar atau ruang dibawah gigi palsu(pontic) tampalan jambatan
..Elakkan daripada menggigit benda atau makanan yang terlalu keras seperti ketulan ais menggunakan gigi yang ditampal dengan korona atau jambatan kerana ia boleh menyebabkan keretakan pada lapisan luar porselin.

Saturday, 8 August 2015

FAKTA MENARIK TENTANG GULA-GULA GETAH:


= Pengunyahan gula-gula getah tidak bergula sebagai sebahagian daripada program penjagaan kebersihan mulut yang rutin bagi melindungi gigi dari berlubang.

=Gula-gula getah tidak berbahaya jika ditelan kerana ia secara amnya ialah serat makanan (roughage) dan melalui bahagian perut, usus kecil dan besar dan akhirnya dikumuhkan. 


=Gula-gula getah boleh membantu perokok untuk berhenti dari tabiat merokok. Ia bertindak menarik perhatian perokok dengan tabiat mengunyah gula-gula getah itu sendiri tanpa kesan negatif terhadap makanan dan sebagai satu cara rawatan penggantian nikotin.


=Gula-gula getah merangsang peningkatan pengaliran darah.







Friday, 7 August 2015

HAKISAN GIGI:
Hakisan gigi adalah kehilangan lapisan enamel dan dentin yang disebabkan oleh kehadiran asid dan tidak melibatkan bakteria.
CIRI-CIRI HAKISAN GIGI:
1.Gigi menjadi kekuningan.
2.Gigi bersinar dan licin.
3.Kehilangan ciri-ciri permukaan enamel di kalangan kanak-kanak.
4.Gigi menjadi pendek.
5.Tampalan lebih menonjol daripada permukaan gigi sekelilingnya.
6.Permukaan kunyah gigi cekung (lekuk) dan licin.
7.Gigi sensitif (ngilu).



Thursday, 6 August 2015

baru beberapa bulan pakai braces , dah nampak perubahan nya.. kalau sebelum ni malu sebab gigi tak tersusun , sekarang dah ada keyakinan nk senyum . grin emoticon
wah, gigi dah mula tersusun, dah nampak perbezaan dari gigi yang sebelum pakai braces.



Wednesday, 5 August 2015

Sebab-sebab Cabutan Gigi Dilakukan;-
1.Kerosakan atau karies teruk.
2.Penyakit gusi lanjut (periodontitis) yang dikaitkan dengan kelonggaran gigi.
3.Melibatkan patologi (sekiranya gigi yang berkenaan berada di dalam atau berhampiran ketumbuhan, sista atau fraktur tulang rahang).
4.Gigi yang terbenam/ terimpak yang dijangkiti secara berulang atau berisiko untuk mengakibatkan kerosakan pada gigi lain yang berhampiran.
5.Pulpitis (keradangan tisu pulpa di dalam struktur gigi)
Sebahagian daripada rawatan ortodontik.
6.Gigi yang fraktur/ patah.
7.Apabila gigi (gigi susu) belum diganti oleh gigi kekal.



Tuesday, 4 August 2015

GIGI BERUBAH WARNA ;Sebab-sebab penstainan boleh disebabkan oleh:
-Kerosakan gigi (karies).
-Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun).
-Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi.
-Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa.
-Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak.
-Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi.
-Masalah kongenital saluran hempedu.
-Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi.
-Pertambahan usia.
-Faktor keturunan.



Monday, 3 August 2015

Apakah Kehausan Gigi?
-Kehausan gigi berpunca daripada pelbagai faktor atau keadaan yang mengakibatkan kehilangan lapisan enamel dan dentin gigi. Kehausan gigi yang berlaku dalam keadaan biasa dinamakan kehausan gigi fisiologikal. Tetapi sekiranya kehausan gigi berlaku melampaui keadaan biasa, keadaan ini dinamakan kehausan gigi patologikal atau abnormal. Kehausan gigi yang abnormal menyebabkan kehilangan lapisan enamel (lapisan paling luar yang melindungi gigi dan struktur paling keras dalam badan); lapisan dentin (lapisan kedua yang agak lembut) dan tisu pulpa yang mengandungi saraf serta salur darah.



Saturday, 1 August 2015

[PUNCA GIGI SENSITIF]
-Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi.
-Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
-Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. 
-Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin
-Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
-Gigi berlubang yang tidak dirawat
-Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.