LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN GIGI KETIKA HAMIL:
1.Pemeriksaan pergigian=rawatan pergigian boleh dilakukan sepanjang kehamilan tetapi di nasihatkan selepas 3 bulan.
2.Jaga kebersihan mulut=bersihkan kawasan gigi dan gusi dengan baik sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
3.Pilih makanan yang sihat=makan buah buahan yang mengandungi serat.
Saturday, 30 May 2015
Friday, 29 May 2015
MENJAGA GUSI BAYI DAN GIGI YANG BARU TUMBUH.
1.Menjaga gusi bayi boleh dilakukan dengan mengelap gusi bayi setelah ia minum susu. Gunakan kain yang lembut untuk mengelap.
2.Tidak membiarkan bayi tidur sambil minum susu botol. Membiarkan bayi tidur sambil minum susu dengan botol susunya akan mengotori dan merosakkan gusi.
3.Mulakan memberus gigi bayi sehari dua kali, iaitu pada waktu pagi selepas sarapan dan menjelang tidur. Gunakan berus khusus bayi yang berbulu lembut dan berukuran kecil. Tidak perlu ubat gigi, cukuplah dengan menggunakan air bersih sahaja.

Thursday, 28 May 2015
[INFO:GIGI KEMBAR]
-Gigi kembar ialah apabila dua gigi yang bercantum membentuk menjadi satu Fenomena percantuman ini bergantung kepada masa perbentukan, ia boleh menjadi percantuman lengkap atau separa. Kejadian ini lebih kerap terjadi pada gigi kacip kegigian susu. Jika terjadi pada gigi kekal ini ia akan menyebabkan masalah estetik. Di antara 2 gigi yang bercantum ini akan ada alur yang dalam yang menyebabkan gigi sukar di bersihkan dan tidak boleh menggunakan flos.
Wednesday, 27 May 2015
MERAWAT GIGI JONGANG DARI KECIL...~Amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.~Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.~Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.
Tuesday, 26 May 2015
FAKTA MENARIK TENTANG GULA-GULA GETAH:
= Pengunyahan gula-gula getah tidak bergula sebagai sebahagian daripada program penjagaan kebersihan mulut yang rutin bagi melindungi gigi dari berlubang.
=Gula-gula getah tidak berbahaya jika ditelan kerana ia secara amnya ialah serat makanan (roughage) dan melalui bahagian perut, usus kecil dan besar dan akhirnya dikumuhkan.
=Gula-gula getah boleh membantu perokok untuk berhenti dari tabiat merokok. Ia bertindak menarik perhatian perokok dengan tabiat mengunyah gula-gula getah itu sendiri tanpa kesan negatif terhadap makanan dan sebagai satu cara rawatan penggantian nikotin.
=Gula-gula getah merangsang peningkatan pengaliran darah

Monday, 25 May 2015
JANGKITAN BAKTERIA
1.Kerosakan gigi atau karies gigi dan penyakit periodontium (gusi) adalah dua jenis jangkitan bakteria yang merupakan aduan akut atau kronik di mulut.
2.Kebiasaannya, infeksi bakteria boleh menyebabkan pengumpulan nanah pada kawasan yang dijangkiti.
3.Jika tidak dirawat, jangkitan dari gigi dan gusi boleh merebak ke tisu lembut dan tulang rahang yang berdekatan. Keadan ini boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan nanah (abses) atau keradangan tisu lembut secara keseluruhannya (''cellulitis'').
4.Kebengkakan, sakit , kemerahan pada permukaan kulit dan demam adalah tanda-tanda dan gejala yang biasa dialami semasa jangkitan akut

Saturday, 23 May 2015
Perkara yang BOLEH dan TIDAK BOLEH dalam penggunaan ubat gigi untuk kanak-kanak
Boleh
Gunakan secalit sahaja ubat gigi kanak-kanak untuk yang kecil di bawah umur 2 tahun ( Ubat gigi kanak-kanak mengandungi fluorida sebanyak 600ppm atau kurang )
Berus dua kali sehari
Penting memberus di waktu malam sebelum tidur
Berus dua kali sehari
Penting memberus di waktu malam sebelum tidur
Tidak Boleh
Jangan mencadangkan ubat gigi yang mengandungi lebih fluorida dari 600ppm untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah melainkan di nilai kadar kariesnya tinggi
Jangan berkumur selepas memberus gigi (digalakkan berludah sahaja )
Untuk kanak-kanak yang di nilai kadar kariesnya tinggi, walaupun ia berumur enam tahun ke bawah, ia di nasihatkan menggunakan ubat gigi berfluorida mengandungi lebih daripada 1000ppm fluorida ataupun ubat gigi dewasa..

Friday, 22 May 2015
BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN FLOS?
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan flos dengan lebih berkesan:
Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.
Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.

MENGAPA KADANG-KADANG GUSI BERDARAH APABILA MENGGUNAKAN FLOS?
Gusi mungkin boleh berdarah apabila seseorang menggunakan flos. Ada beberapa penyebab keadaan ini: Pertama, teknik yang salah seperti tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan gusi tercedera, oleh itu pendarahan kecil boleh berlaku. Kedua, ia adalah petanda gusi anda sebenarnya kurang sihat (penyakit gingivitis). Gusi yang kurang sihat sememangnya mudah berdarah apabila diflos atau diberus dengan menggunakan berus gigi.
Thursday, 21 May 2015
Apakah maloklusi dan penyebab keadaan ini berlaku:
1.Maloklusi merupakan gigitan yang bermasalah. Ini berlaku apabila saiz dan bentuk gigi tidak sepadan dengan rahang. Pertumbuhan rahang dan saiz gigi dipengaruhi oleh genetik ibu bapa. Maloklusi juga disebabkan oleh kehilangan terlalu awal gigi susu menyebabkan gigi bersebelahan bergerak ke ruang gigi tersebut dan kehilangan ruang
Wednesday, 20 May 2015
KANSER MULUT ...
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal dikawasan mulut. Ia melibatkan lidah,bibir,bahagian dalam pipi,gusi ,lantai mulut dan bahagian lelangit.
AWASI TANDA2 BERIKUT:
::Ulser dalam mulut yang tidak sembuh dalam 2 minggu
::Tompok tompok putih dan merah
::Bengkak benjolan atau ketumbuhan
::Ulser dalam mulut yang tidak sembuh dalam 2 minggu
::Tompok tompok putih dan merah
::Bengkak benjolan atau ketumbuhan
DAPATKAN PEMERIKSAAN PERGIGIAN BAGI PENGESANAN AWAL PENYAKIT KANSER
Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang kurangnya sekali setahun tetapi sekiranya mempunyai masalah atau faktor risiko,dapatkan pemeriksaan dengan lebih kerap sama ada 3 atau 6 bulan sekali.
Pemeriksaan pergigiaan PENTING untuk mengetahui sebarang masalah pergigian dan memastikan kesihatan pergigian dalam keadaan baik.
Jangan bertanggguh sehingga masalah pergigian anda menjadi SERIUS..Kunjungilah Klinik Pergigian berdaftar dan berhampiran untuk mengetahui kesihatan pergigian dan maklumat lanjut....
"KESIHATAN MULUT ANDA KEBANGGAAN KAMI "
Tuesday, 19 May 2015
GIGI SENSITIF:
Rasa ngilu atau sakit dirasakan apabila lapisan dalam gigi iaitu lapisan dentin atau gusi yang menyusut terdedah kepada:
1.Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
2.Memberus gigi.
3.Bernafas melalui mulut.
1.Pengambilan makanan atau minuman panas, sejuk, manis atau masam.
2.Memberus gigi.
3.Bernafas melalui mulut.
Gigi sensitif juga boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
1.Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
2.Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
3.Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
4.Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin
5.Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.

Rawatan untuk gigi sensitif:
1.Gunakan ubat gigi khusus untuk gigi sensitif. Ubat gigi ini mengandungi bahan-bahan yang menyekat sensasi yang datang dari permukaan gigi ke saraf gigi. Kebiasaannya, ia memerlukan beberapa kali sapuan untuk berkesan. Sapukan selapisan nipis ubat gigi ke permukaan akar gigi yang terdedah dan usapkan dengan jari.
2.Berjumpa doktor gigi anda. Rawatan yang diberikan bergantung kepada punca gigi sensitif. Agen penyah-sensitif atau jel fluorida mungkin akan disapukan ke kawasan gigi yang terlibat. Sesetengah doktor gigi pula menggunakan agen pelekat dan varnish. Tampalan juga boleh dilakukan pada kawasan akar gigi terdedah yang mengalami gigi sensitif. Jika gigi telah pecah atau berlubang besar, tampalan dan seterusnya rawatan korona mungkin perlu dijalankan. Untuk mengurangkan kesakitan yang disebabkan oleh mengetap dan mengasah gigi, doktor gigi akan membuat pelindung gigi daripada bahan yang kelihatan seperti plastik yang perlu dipakai semasa tidur.

Monday, 18 May 2015
Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
(Mulut)
1.Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
2.Kerosakan gigi (karies gigi)
3.Penyakit gusi (penyakit periodontium)
4.Makanan melekat di celah gigi
5.Gigi palsu yang tidak bersih
6.Tabiat bernafas melalui mulut
1.Kebersihan mulut yang tidak memuaskan
2.Kerosakan gigi (karies gigi)
3.Penyakit gusi (penyakit periodontium)
4.Makanan melekat di celah gigi
5.Gigi palsu yang tidak bersih
6.Tabiat bernafas melalui mulut
(Jenis makanan ):
1.Bawang
2.Bawang putih
3.Kopi
4.Tembakau
5.Minuman alkohol
1.Bawang
2.Bawang putih
3.Kopi
4.Tembakau
5.Minuman alkohol
(Keadaan kesihatan) :
1.Diabetes
2.Penyakit hati
3.Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
4.Jangkitan di paru-paru
5.Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
1.Diabetes
2.Penyakit hati
3.Keradangan atau jangkitan di bahagian tekak
4.Jangkitan di paru-paru
5.Penyakit salur alimentari atau pemakanan (esofagus dan perut).
Cara untuk mengelakkan mulut berbau:
1.Penjagaan kesihatan mulut :
2.Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran
3.bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper
4.Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut
5.Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

Saturday, 16 May 2015
Gigi sensitif boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut:
->Memberus gigi terlalu kuat dengan teknik yang salah sehingga mencederakan gusi dan mendedahkan akar gigi. Memberus gigi dengan cara mendatar boleh mengakibatkan kengiluan gigi.
->Penyakit gusi, iaitu penyakit yang menyerang gusi dan tulang yang menyokong gigi juga boleh menyebabkan gigi sensitif. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan penyusutan struktur tulang dan gusi seterusnya menyebabkan pendedahan akar gigi.
->Pendedahan lapisan dentin yang disebabkan oleh kehausan permukaan gigi yang berlaku secara aktif.
->Mengetap dan mengasah gigi boleh menghakis lapisan enamel dan mendedahkan lapisan dentin.
->Memakan makanan dan minuman yang berasid dengan kerap, seperti buah-buahan dan jus yang masam, serta minuman bergas yang boleh menyebabkan hakisan lapisan permukaan gigi.
->Gigi berlubang yang tidak dirawat
->Tampalan lama pada gigi yang telah retak atau renggang.
->Pembedahan gusi yang mendedahkan akar gigi.

Friday, 15 May 2015
TAHUKAH ANDA .....
Gigi geraham bongsu adalah gigi yang sangat unik...
Ada masa tumbuh senget ke depan, ada masa tumbuh separuh lepas itu dah tak boleh nak keluar dah, ada masa tumbuh ke belakang, ada masa kedudukannya mengganggu urat saraf.
Janganlah takut jumpa doktor gigi, kalau dah memudaratkan.
Agak-agak ada salah satu atau kesemua simptom ini; gigi geraham bongsu tumbuh separuh, rasa sakit, gusi membengkak atau bernanah, demam, gigi itu dah berlubang, susah nak buka mulut sebab sakit sangat ..
~~pm/hubungi kami 0390544034
#kesihatan mulut anda kebanggaan kami

Thursday, 14 May 2015
Wednesday, 13 May 2015
[BRACES]
Rawatan ortodontik kebiasaannya melibatkan pemakaian alat pendakap yang bertujuan untuk membetulkan susunan gigi dan juga memperbaiki penampilan rupa paras/wajah selain daripada membetulkan fungsi kegigian. Rawatan ini mengambil masa yang lama untuk selesai, jadi anda perlu memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaan kebersihan mulut di rumah.
anda mempunyai masalah gigi tidak rata??jarang??dan gigi tidak cantik ??? pm/call 0390544034 utk temujanji.
Tuesday, 12 May 2015
RAWATAN PEMUTIHAN GIGI (WHITENING)
berminat ?? pm/call 0390544034 untuk temujanji.
#kebersihan mulut anda kebanggaan kami.
KARIES gigi lebih dikenali sebagai 'gigi berlubang'. Masalah ini boleh dialami oleh semua golongan sama ada kanak-kanak atau dewasa.Ianya boleh berlaku pada gigi kekal dan gigi susu.
TANDA-TANDA KARIES GIGI PADA MULUT ANDA:-
-Perubahan warna gigi (bintik putih atau bintik hitam).
-Liang-liang kecil pada permukaan gigi.
-Lubang yang ketara.
-Makanan mudah melekat pada permukaan gigi.
-Rasa sakit dan sengal bila minum air panas dan sejuk.

Monday, 11 May 2015
Apakah langkah-langkah penjagaan di rumah yang perlu diambil jika memakai pendakap gigi:
1. Jika anda memakai pendakap tetap,masa yang diperlukan untuk proses pembersihan gigi adalah lebih daripada biasa. Celah-celah di antara pendakap dan di pinggir gusi harus diberus dengan lebih sempurna menggunakan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai. Penggunaan berus interdental atau flos/benang gigi dapat membantu pembersihan antara celah gigi, sekeliling braket dan di bawah dawai. Sebaik-baiknya, gigi harus diberus setiap kali selepas makan dan lebih penting lagi sebelum tidur.
2.Jika anda menggunakan alat pendakap boleh tanggal / alat pemegang, ia mesti ditanggalkan untuk tujuan pembersihan. Gunakan berus gigi berbulu lembut untuk membersihkan alat ini. Anda juga boleh menggunakan bahan pembersih alat pendakap atau gigi palsu untuk membuang enapan (deposit) pepejal (karang gigi) di samping menyegarkan bau alat pendakap.
3.Cuba elakkan mengambil makanan yang manis, keras seperti kekacang dan melekit seperti gula toffee dan gula-gula getah kerana ia menyebabkan kerosakan kepada alat pendakap. Elakkan minuman ringan bergas kerana kandungan asid di dalamnya akan menghakis permukaan gigi, menyebabkan lapisan enamel menipis. Kekerapan mengambil makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula harus dielakkan untuk mengurangkan ancaman asid dalam mulut
4.Hubungi Pakar Ortodontik anda jika berlaku kerosakan atau braket menjadi longgar, supaya temu janji segera dapat diatur. Anda juga perlu mengambil perhatian bahawa alat pendakap tetap yang selalu tercabut akan memanjangkan tempoh rawatan. Pakar Ortodontik akan menyarankan penggunaan lilin lembut pada bahagian braket yang bergeser dengan bibir dan pipi untuk mengelakkan terjadi ulser.
Saturday, 9 May 2015
APAKAH ITU KAVITI:
1.Kaviti ialah lubang di dalam gigi yang terbentuk akibat pereputan permukaan gigi atau karies. Terdapat tiga tempat berbeza di mana gigi boleh mengalami pereputan.
-Pereputan pada permukaan yang digunakan untuk menggigit berlaku apabila plak terperangkap pada lekukan gigi.
-Ini sering berlaku pada kanak-kanak kerana mereka sering terabai kawasan ini ketika memberus gigi.
-Pereputan terjadi di antara gigi apabila plak dibiarkan terbentuk pada kawasan yang sukar dicapai ini.
Anda boleh menghalang pembentukan kaviti sekiranya anda mengamalkan penjagaan gigi sempurna. Berikut adalah senarai semak perkara yang perlu dilakukan:
* Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan berus gigi yang lembut sebaik-baiknya di waktu pagi dan sebelum tidur.
* Gunakan ubat gigi berflourida flourida terbukti membantu menghalang kaviti.
* Bersihkan celah di antara gigi setiap hari untuk membuang plak di kawasan yang sukar dicapai berus gigi.
* Amalkan diet yang sihat dan elakkan daripada makan terlalu banyak makanan atau minuman manis.
* Kunjungi doktor gigi anda selalu sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan untuk pembersihan gigi dan pemeriksaan.
* Doktor gigi menyarankan agar anda menukar berus gigi sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan atau lebih awal sekiranya berus gigi kelihatan haus. Ini kerana kajian menunjukkan berus gigi baru mampu menanggalkan lebih banyak plak daripada berus berusia tiga bulan*
Friday, 8 May 2015
kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak..
Kerosakan gigi di peringkat awal kanak-kanak adalah kerosakan gigi yang berlaku pada kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Ia juga dikenali sebagai karies awal kanak-kanak atau gigi berlubang melibatkan satu atau lebih batang gigi. Ia merupakan proses pendemineralan asid terhadap gigi bersama kehadiran plak (tahi gigi) dan air liur.
faktor kerosakan gigi diperingkat kanak-kanak:-
-Kekerapan pengambilan makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi.
-Kurang/tidak memberus gigi.
-Teknik pemberusan gigi yang tidak berkesan menanggalkan plak.
-Menyusu botol yang mengandungi sukrosa.
-Transmisi bakteria daripada ibu kepada anak melalui air liur (Cth: Ibu dan anak berkongsi sudu makanan).
-Pengambilan ubat yang mengandungi gula.

Thursday, 7 May 2015
KIBAT MEMBIARKAN GIGI BERLUBANG DAN PENYAKIT GUSI:
1.Penyakit gusi yang sering timbul adalah gingivitis atau radang gusi awal. Masalah radang ini biasa muncul disebabkan cara memberus gigi yang tidak betul dan di waktu yang salah sehingga plak masih menempel di rongga mulut. Tanda-tanda dari penyakit ini adalah lapisan gusi yang berwarna merah dan mudah berdarah.
2.Pada tingkat yang lebih lanjut, masalah pada gusi ini akan meningkat menjadi periodontitis adalah radang gusi parah yang terjadi saat jangkitan menyebar ke struktur penyangga gigi. Masalah ini disebabkan olehpengumpulan plak dan (karang gigi) di antara gigi dan gusi.
3.Kesan dari periodontitis antara lain gusi merah, mudah berdarah, bengkak, timbulnya bau mulut atau halitosis, adanya celah di antara gigi dan gusi, serta gigi goyang dan akhirnya dapat tanggal dengan sendirinya.
Wednesday, 6 May 2015
Hari ini, permintaan orang ramai untuk mendapatkan tampalan sewarna gigi, agar gigi kelihatan asli apabila mereka ketawa, bercakap atau tersenyum adalah tinggi.
Apakah Bahan Tampalan Sewarna Gigi:
Bahan tampalan sewarna gigi atau bahan tampalan berwarna putih lebih dikenali sebagai tampalan komposit. Ia adalah gabungan:-
1.Bahan kaca (glass particles)
2.Bahan resin tiruan (synthetic resin)
3.Bahan untuk mengeras (setting ingredient)
2.Bahan resin tiruan (synthetic resin)
3.Bahan untuk mengeras (setting ingredient)
Kelebihan Bahan Tampalan Ini Berbanding Bahan Tampalan yang Lain:
1.Bahan tampalan ini tidak memerlukan banyak lapisan gigi yang sihat dibuang. Tampalan komposit melekat dengan permukaan gigi asal menggunakan bahan pelekat khas (adhesive material).
Kesan Sampingan Menggunakan Bahan Tampalan Ini:
1.Sesetengah individu mengalami rasa ngilu (sensitif) bila terdedah pada benda sejuk di peringkat awal selepas rawatan. Jika rasa ngilu ini masih tidak beransur hilang selepas seminggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor pergigian semula.
Tuesday, 5 May 2015
Monday, 4 May 2015
Saturday, 2 May 2015
GIGI BERUBAH WARNA
Bagaimanakah perubahan warna gigi terjadi?
Warna gigi boleh berubah menjadi:
Kekuningan
Coklat
Hitam
Hijau
Kelabu kebiruan
Putih legap
Coklat
Hitam
Hijau
Kelabu kebiruan
Putih legap
Sebab-sebab
Kerosakan gigi (karies)
Ubat-ubatan seperti pengambilan tetrasiklina (tetracycline) semasa dalam kandungan atau kanak-kanak(di bawah 12 tahun)
Pengambilan fluorida yang berlebihan semasa tempoh pembentukan gigi
Kecederaan gigi yang menyebabkan pendarahan pulpa
Gigi yang telah mati disebabkan trauma atau rosak
Masalah kesihatan dan gangguan semasa tempoh pembentukan dan proses pertumbuhan gigi
Masalah kongenital saluran hempedu
Jangkitan semasa proses pertumbuhan gigi
Pertambahan usia
Faktor keturunan

Subscribe to:
Posts (Atom)